suria

“Kalau ada komen saya juga yang kena” - Siti Nurhaliza minta henti buat perbandingan acara besar di SNBJ dengan dirinya

Siti mohon tidak mengaitkan dirinya dengan jumlah penonton stadium.

ENGGAN terus dibandingkan, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta orang ramai berhenti membuat sebarang kenyataan mengaitkan dia dengan sebarang acara besar yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, dia tidak mahu perkara itu mengundang reaksi kurang senang orang lain kerana pada akhirnya dia perlu menjawab isu dibangkitkan.

"Korang semua ni kan suka buat posting macam ini. Nanti kalau ada komen-komen saya juga yang kena.

Perkongsian Siti yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Siti yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Janganlah ya, saya tidak pernah risau apa-apa pun," katanya.

Siti berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bengang Astro Arena bandingkan Piala Malaysia akhir lebih ramai penonton daripada konsert Siti Nurhaliza, Coldplay

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod diatasi Coldplay, Siti Nurhaliza beri bayangan buat konsert lebih besar sebelum bersara

Sebelum ini, ciapan yang dibuat menerusi akaun X (Twitter) Astro Arena menyebut Siti tidak perlu lagi bimbang memandangkan jumlah kehadiran penyokong perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di SNBJ pada malam Jumaat seramai 85,550 penonton.

Ia secara tidak langsung berjaya memintas rekod konsert Siti Nurhaliza Fanstasia Tour 2004 dan Music Of The Spheres World Tour oleh kumpulan Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu di lokasi sama.

Pun begitu, peminat menyalar perbandingan yang dibuat sebagai tidak adil memandangkan konsert dan perlawanan bola sepak merupakan dua perkara berbeza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain