suria

Insiden dimalukan bukan salah penganjur, rupanya makanan terselit celah gigi Zoey Rahman

Zoey dedah sebab dia dimalukan di majlis anugerah berprestij.

PENDEDAHAN pelakon dan usahawan Zoey Rahman dimalukan ketika menghadiri sebuah majlis anugerah pada Rabu lalu mengundang pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat.

Ada dalam kalangan peminat melemparkan pelbagai kata-kata negatif terhadap Zoey meskipun tidak mengetahui punca sebenar kejadian menyebabkan hati pelakon itu tergores.

Menjelaskan kekeliruan itu, Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 38, berkata, dia bukan dimalukan pihak penganjur sebaliknya apa yang berlaku atas kesilapan diri sendiri.

Zoey 1

Hantaran Zoey di laman Instagramnya.

Jelas Zoey, dia tidak perasan terhadap cebisan makanan pada bahagian giginya sehingga menyebabkan foto dan video yang diambil kelihatan cacat.

"Setelah enam tahun aku pakai braces, ini kali pertama aku dimalukan. Sampai hati kau gigi tidak beri kerjasama.

"Paling sedih tiada siapa pun yang beritahu. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada Mikaseries," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman ‘buat muka’ demi kepuasan diri, perlu jaga penampilan sebagai founder produk kosmetik

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan layan tuduhan buat pembedahan muka, Zoey Rahman biar netizen nilai sendiri... “Kecaman tak akan pernah habis”

Zoey menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Zoey berharap kejadian memalukan itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Pertama kali aku dimalukan di anugerah berprestij. Semoga menjadi pengajaran buat aku," ujarnya.

Zoey 2

Zoey ketika menerima anygerah tersebut pada minggu lalu.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan kisah di sebalik kejadian yang disifatkan sebagai kelakar.

"Comel Zoey, kalau kena dekat artis lain, mungkin mereka akan kemurungan.

"Tak apalah Zoey... Yang penting masih nampak kacak. Cuma ada sikit saja cacat dekat gambar.

"Aduh lawak betul Zoey. Sakit perut aku gelak," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain