suria

Fatin Amira rupanya isteri orang, Mediacorp gantung kemunculan selepas dituduh curang dengan suami pelakon

Fatin Amira didakwa berlaku curang dengan suami orang.

SELEPAS video curang bersama suami kepada pelakon dan pengacara Nurul Aini tersebar di TikTok, aktres asal Singapura Fatin Amira direhatkan daripada mengendalikan program Manja.

Siaran pada 22 Januari lalu tidak menampilkan Fatin sebaliknya hanya tiga hos lain iaitu Zhin Sadali, Iskandar Shah dan Natasha Faisal.

Fatin mula menjadi pengacara rancangan itu untuk musim kelapan iaitu sejak 8 Mei 2023.

Mediacorp Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan Fatin juga tidak akan muncul dalam episod seterusnya yang akan disiarkan pada 29 Januari 2024.

size NP 1 (12)

Rakaman memperlihatkan Fatin dan Sofian di tempat letak kereta tersebar di media sosial.

Difahamkan episod pada tarikh tersebut adalah yang terakhir bagi musim kelapan.

Pada 20 Januari lalu, sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai suami kepada Nurul Aini iaitu Sofian Roslan bersama seorang wanita.

Menerusi video berkenaan wanita dipercayai Fatin mengenakan kemeja T berwarna merah jambu dan berskirt pendek keluar dari sebuah kereta yang sama dengan Sofian sebelum dilihat memasuki lobi lif hotel Capri By Fraser China Square.

ARTIKEL BERKAITAN: Video curang tersebar di TikTok, suami pelakon Nurul Aini mohon maaf... Main kayu tiga sebab tersilap langkah

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekali curang selamanya curang” - Bekas kekasih dedah perangai sebenar Travis Kelce, bagi amaran kepada Taylor Swift

Video tersebut diakhiri dengan mereka kembali secara berasingan ke kereta sama dengan memperlihatkan Fatin mengenakan kemeja T berwarna hitam.

Kedua-dua Nurul Aini dan Fatin merupakan pelakon dan pengacara sambilan di Mediacorp.

Sehingga kini Fatin belum membuat sebarang komen dan akaun media sosial tidak lagi boleh diakses umum.

size NP 1 (13)

Mediacorp menggantung kemunculan Fatin menerusi program Manja.

Menerusi video yang tular, Fatin dikecam teruk netizen lebih-lebih lagi selepas mengetahui statusnya sebagai isteri kepada Khiyarul Fadli.

"Dengan laki orang juga kau nak Fatin Amirah! Masing-masing dah ada isteri dan suami, apa nak jadi dunia akhir zaman.

"Perempuan dah berkahwin curang macam ini, memang tak bau syurga! Astaghfirullah," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain