suria

“Jangan sedih, yang buruk buang jauh-jauh” - Bob Yusof puji nyanyian keroncong cara tersendiri Sissy, Naim

Bob Yusof minta Sissy dan Naim agar tidak berputus asa dengan kritikan netizen serta juri.

TINDAKAN penyanyi Mas Idayu dalam memberi kritikan pedas terhadap Sissy Imann dan Naim Daniel di minggu keenam program nyanyian Famili Duo pada Ahad lalu masih lagi menjadi bualan netizen.

Terbaharu, penyanyi Bob Yusof pula tampil memberi pandangan berhubung persembahan Sissy dan Naim yang menyanyikan lagu Jampi berentak keroncong.

Bob atau Yusrizan Usop, 41, berkata Sissy dan Naim bukanlah penyanyi genre berkenaan, namun usaha yang dilakukan dua sepupu itu sepatutnya dipuji.

Bob Yusof puji usaha yang Sissy Iman dan Naim Daniel.

"Saya bukanlah pandai sangat dalam nyanyian keroncong atau asli namun apa yang saya tahu itulah yang saya ajar mahupun sampaikan tapi mengikut cara masing-masing. Kerocong adalah nyanyian yang lembut tapi Naim dan Sissy bukanlah penyanyi keroncong dan mereka sudah lakukan apa yang sepatutnya.

"Mengalunkan lagu keroncong dengan cara mereka tersendiri dan saya harus puji dengan idea mereka yang menjadikan lagu pop untuk digubah semula menjadi keroncong. Bagi saya nyanyian mereka sudah bagus cuma mungkin kebiasaan mereka bukan pada keroncong," katanya.

Bob berkongsi pandangan itu menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: AC Mizal benci sikap jatuhkan maruah orang untuk hiburan - “Nasib baik bukan saya yang kena”

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan artis marah, tapi netizen ‘back up’ Mas Idayu... Ramai sependapat Sissy Iman nyanyi tak sedap, rosak lagu Jampi

Naib juara program Gegar Vaganza musim kesembilan itu juga berpendapat kritikan membina perlu diberikan kepada Sissy dan Naim memandangkan telah membawa lagu berkenaan dengan cara mereka tersendiri.

Tambahnya, persembahan yang dibawakan oleh Sissy dan Naim masih lagi mengekalkan lenggok keroncong itu sendiri.

"Seharusnya berikan lagi galakan dan tambah baik lagi nyanyian mereka dengan memberikan ilmu yang diketahui agar irama Malaysia terus berkembang dengan baik. Keroncong adalah irama yang sangat merdu untuk dinyanyikan namun ada juga ketegasan dalam penyampaiannya.

Seharusnya berikan lagi galakan dan tambah baik lagi nyanyian mereka dengan memberikan ilmu yang diketahui agar irama Malaysia terus berkembang.

BOB YUSOF

PENYANYI

"Nyanyian mereka juga sangat serasi dan bagi saya mereka dah membawakan dengan cara mereka tersendiri namun tetap mengekalkan lenggok keroncong walau susah bagi mereka. Namun mereka terus berusaha dan mencuba apa yang saya boleh katakan pendapat atau pendirian adalah hak masing-masing," katanya lagi.

Dalam pada itu, Bob juga berharap agar perkara ini menjadi sesi pembelajaran buat mereka dan tidak berputus asa dengan apa yang berlaku sekali gus memuji keberanian mereka mengetengahkan irama keroncong.

"Jangan sedih okay anggap ini sebagai pembelajaran mana yang baik ambil mana yang buruk buang jauh-jauh," ujarnya.

326348878_691530866019288_640415598170762042_n (1)

Sissy Imann dan Naim Daniel semasa lakukan persembahan Famili Duo.

Sebelum ini, Mas Idayu menerusi laporan mStar berharap Sissy dan Naim mengambil positif dengan kritikan yang diberikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik baik.

Kata Mas, dia menegur kerana sayangkan mereka berdua kerana melihat Sissy dan Naim mempunyai potensi besar sebagai penghibur.

"Kepada Sissy dan Naim, awak kenal Mummy, kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain