suria

Michelle Yeoh jadi rakyat Malaysia pertama tercalon Anugerah Oscar, rebut trofi Pelakon Wanita Terbaik

Michelle Yeoh jadi rakyat Malaysia pertama dapat pencalonan Anugerah Oscar.

BINTANG Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh menjadi rakyat Malaysia pertama yang tercalon menerusi Anugerah Oscar 2023 dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, tercalon menerusi lakonan mantapnya dalam filem berjudul Everything Everywhere All At Once.

Ini merupakan kali pertama Michelle tercalon menerusi acara berprestij itu selepas kejayaan memenangi Anugerah Golden Globe ke-80 baru-baru ini.

Michelle memberikan lakonan mantap dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Pencalonan itu dibuat oleh pelakon Riz Ahmed dan Alison Williams bertempat di Teater Samuel Goldwyn di Beverly Hills, California pada malam Selasa.

Turut tercalon dalam kategori tersebut ialah Cate Blanchett (Tar), Ana De Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie), Michelle Williams (The Fabelmans).

ARTIKEL BERKAITAN: Terbaik! Michelle Yeoh pelakon Malaysia pertama menang di Anugerah Golden Globe

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Dianugerah Legion d’Honneur Dari Perancis

Untuk rekod, nama Michelle mula melonjak naik apabila anak kelahiran Ipoh, Perak itu berlakon disamping Pierce Brosnan menerusi filem Tomorrow Never Dies pada 1997.

Antara filem Hollywood yang pernah menampilkan primadona ini termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians, Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, Memoirs Of A Geisha dan banyak lagi.

Anugerah Oscar 2023 bakal berlangsung pada 12 Mac ini di Los Angeles dan dihoskan oleh Jimmy Kimmel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain