suria

Hafeez Mikail kini tunangan orang, minta bakal isteri bersedia ‘cabaran’ kahwin artis

Hafeez dan Azira bertunang selepas lebih setahun berkenalan.

PELAKON Hafeez Mikail selamat mengikat tali pertunangan dengan Noor Azira Azman, 26, di kediaman wanita itu terletak di Beranang, Selangor pada Sabtu.

Berkenalan sejak setahun lalu, Hafeez atau Muhd Hafiz Muhd Zaki, 30, berkata sudah tiba masanya dia membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius memandangkan usia juga semakin meningkat.

“Kami bermula sebagai kawan dan kemudian barulah bercinta. Dia bukanlah orang dalam industri seni.

hafeez 2

Azira sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya Hafeez.

“Rasanya sudah tiba masa untuk saya berkahwin. Umur pun semakin meningkat. Keluarga juga sudah merestui jadi eloklah saya cepatkan untuk jadikan hubungan ini halal,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Hafeez memberitahu mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan namun belum bersedia untuk mendedahkan tarikh tersebut.

Malah dia juga kini sedang mempersiapkan diri agar dapat memikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafeez Mikail sedar diri tak ‘famous’, pengikut rendah - “Satu hari nanti nama saya akan fade away... takkan laku”

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim kahwin guna duit sendiri, ramai salah faham tajaan RM15 juta... “Kalau sebanyak itu lebih baik sedekah”

“Kalau nak cakap persediaan menjadi suami orang tu dah lama sedia. Tetapi apabila sudah bertunang ini saya haruslah lebih kerja keras dan memperbaiki diri untuk jaga anak orang.

“Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. Nanti saya akan umumkan,” ujarnya.

Rasanya sudah tiba masa untuk saya berkahwin. Umur pun semakin meningkat

HAFEEZ MIKAIL

PELAKON

Berkongsi mengenai sisi peribadi bakal isteri, Hafeez berkata tunangnya itu seorang yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.

Dia juga sudah memberi peringatan awal kepada Azira untuk bersedia dengan komen-komen netizen serta perhatian yang bakal diterima apabila bergelar isteri kepada seorang artis.

hafeez 3

Hafeez akui sudah sedia bergelar suami.

“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik.

“Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen. Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia nanti,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain