suria

Balan Kash buktikan mampu kuasai bahasa Melayu dengan baik, ajak Hazama duet lagu ‘Terima Kasih’

Balan pilih Hazama untuk berduet bersama lagu Terima Kasih.

SELEPAS berjaya dikenali dalam pasaran Kollywood dan dunia hiburan Tamil, penyanyi rap iaitu Balan Kash mahu tonjolkan lagi bakatnya yang mampu menguasai tiga bahasa dengan mengeluarkan single baru berjudul Terima Kasih yang digandingkan bersama penyanyi Hazama.

Menurut Balan atau nama sebenarnya Balan Kashmir, 40, lagu Terima Kasih ini menceritakan tentang jalan kehidupannya yang sekali gus mencetuskan semnagat buatnya menulis lirik dan menghasilkan sebuah lagu.

"Terima Kasih adalah sebuah lagu nyata dan refleksi jujur tentang diri saya. Perkataan Terima Kasih dalam lagu ini sangat besar maknanya bagi saya.

'Terima Kasih' inspirasi cerita perjalanan hidup Balan.

"Kerana lagu ini lah, saya sedar tentang rasa syukur itu mampu memberi semangat untuk terus memulakan hari dan menerima apa sahaja yang terjadi," katanya kepada mStar.

Lagu Terima Kasih ini merupakan lagu bahasa Melayu pertama yang dihasilkan sepenuhnya oleh Balan yang mengharapkan kerjasama merentasi bahasa ini dpaat diteruskan lagi oleh penyanyi lain di kemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga lagu ‘Pano’ trending di TikTok... Zack Tabudlo mahu kembang karier di Malaysia, ajar peminat bahasa Filipina

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ‘Pisang Goreng Power’, kali ini Sid Murshid bagi ‘Lelah’ pula!

Bercakap lanjut mengenai lagu ini, Balan memberitahu bahawa minatnya mendalam dalam bidang muzik memberi peluang kepadanya untuk belajar dengan penyanyi-penyanyi berbakat besar dan mempunyai nama dan industri muzik tanah air.

"Saya terlalu minat dalam bidang muzik dan ini membuatkan saya mempunyai peluang untuk berjumpa atau bekerjama dengan orang-orang berbakat dan juga idola saya.

"Dalam lagu ini saya ada ceritakan bagaimana kegigihan saya bekerja dan mengusahakan apa yang saya suka semata-mata untuk menyara keluarga.

Terima Kasih merupakan lagu pertama bahasa Melayu ciptaan Balan.

"Terima Kasih juga telah membuatkan saya berjaya bukan sahaja sebagai seorang artis tetapi sebagai seorang anak, bapa, suami dan rakan," katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Hazama berkata, sudah lama mengikuti karya-karya Balan yang terlihat hebat sepanjang karyanya sebagai penyanyi.

"Saya teruja apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan nama besar dalam industri muzik Tamil. Sebenarnya banyak bakat-bakat tempatan yang berkaitan bahasa dihasilkan, cuma kurang mendapat perhatian orang ramai," ujarnya.

Terima Kasih mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Balan dan telah pun dilancarkan di semua platform penstriman digital pada 16 Disember lalu dan muzik video boleh ditonton di saluran YouTube Third Eye Music.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain