suria

Nadia Brian tak serik berpakaian seksi, netizen 'hidung belang' rancak tinggal komen nakal 

Nadia Brian 'belanja' peminat lagi.

SEJAK kembali solo, penampilan pelakon Nadia Brian sering kali menjadi buah mulut netizen yang beranggapan pemilihan pakaiannya keterlaluan dan menjolok mata.

Terbaharu, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, sekali lagi tampil dengan imej keterlaluan dengan menggayakan busana fabrik renda berwarna putih mendedahkan bahagian dada, pinggang dan belakang tubuh badannya.

Malah pada bahagian leher pakaian itu juga dilihat seperti cangkuk pakaian dalam wanita sekali gus membuatkan busan tersebut kelihatan pelik.

Pakaian Nadia Brian sekali lagi jadi buah mulut warganet.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan Nadia sedang sibuk menari dengan pakaian yang menjolok mata itu.

Difahamkan, Nadia berpenampilan seperti itu ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan pengarah filem di ibu kota baru-baru ini.

Melihat ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan oleh warganet yang tidak senang melihat penampilan Nadia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ditegur berpakaian seksi, Nadia Brian harap doa peminat buka hati untuk berubah tutup aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian harap tiada diskriminasi terhadap golongan janda

Malah, ruangan komen tersebut juga dipenuhi dengan komen nakal daripada kaum lelaki.

"Tak segan ke? Tak payah tunjuk sangat.

"Dia menari dengan baju segi tiga tiada 'bucu' pulak dah... yang bukan-ukan fesyen sekarang. Macam terbalik pun ya.

"Lama sangat menjanda ke dia ni? Seronoklah puas-puas nanti dekat sana tak boleh dah," komen netizen.

Sebelum ini, Nadia juga pernah dikecam warganet selepas menggayakan pakaian berwarna merah jambu yang menonjolkan bentuk payudara miliknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain