suria

Reen Rahim sah bergelar isteri dengan sekali lafaz, terima set barangan kemas sebagai mas kahwin

Reen dan Hazim selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

PELAKON Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dengan sekali lafaz pada malam Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya kira-kira pukul 9.05 malam.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir, 62, dihadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Reen 22

Reen terima satu set barang kemas daripada suami.

Pada majlis tersebut, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, menerim mas kahwin sebanyak RM1,988 berserta set barangan kemas seperti rantai, gelang dan sebentuk cincin.

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim percaya pada rezeki Allah, tak takut ‘saham’ merundum selepas kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Reen Rahim minta bakal menantu beri hantaran al-Quran dan set barang kemas... “Saya suka permintaan umi”

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran yang turut dibalas sama oleh pihak pengantin perempuan.

Sementara itu, Reen dan Hazim bakal diraikan dalam satu majlis kenduri yang akan diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras pada Ahad.

Sebelum ini, Reen membuat kejutan apabila mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga malah sudah mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain