suria

Bangga lagu ‘Pano’ trending di TikTok... Zack Tabudlo mahu kembang karier di Malaysia, ajar peminat bahasa Filipina

Zack yakin lagu Pano akan diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia.

SELEPAS kejayaan lagu Pano di negara sendiri, penyanyi dan penggubah lagu berasal dari Filipina iaitu Zack Tabudlo kini dalam usaha menawan hati rakyat Malaysia.

Zack atau nama sebenarnya Zack Nimrod Tabudlo, 21, mengakui teruja dan bangga apabila mengetahui lagu tersebut menjadi trending di aplikasi TikTok.

Lagu Pano ciptaan Zack menjadi lagu latar belakang kegemaran pengguna TikTok

"Pengguna tegar TikTok mesti akan tahu lagu ini sebab ia sering menjadi lagu latar belakang pilihan ramai.

"Saya percaya rakyat Malaysia akan terima lagu ini kerana mereka selalu menghargai lagu negara asing khususnya dari Asia," katanya kepada mStar.

Pano merupakan salah satu lagu yang ada dalam video muzik PANO: THE TRILOGY yang memuatkan tiga karya lain iaitu Anghel, Yakap dan Pano.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ‘Pisang Goreng Power’, kali ini Sid Murshid bagi ‘Lelah’ pula!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ku Bersuara’ dapat sambutan pendengar, Ernie Zakri tampil kisah sambungan dalam ‘Astana’

Pano menjadi trending di aplikasi TikTok dan mendapat sebanyak 112 juta penstriman di Spotify.

Sementara itu, Zack yang sebelum ini merupakan peneraju kumpulan Gravity berkata, lagu Pano ini bermaksud 'Bagaimana' dalam bahasa Filipina dan jalan ceritanya pula mengisahkan tentang patah hati selepas pasangan memilih untuk memutuskan hubungan.

"Pano mempunyai gaya dan genre tersendiri kerana ia sangat seronok dinikmati ketika berhibur bersama rakan atau keluarga.

Zack mahu peminat faham dengan jalan cerita lagu Pano walaupun berbahasa Filipina

"Saya yakin peminat akan menerima Pano kerana lagu ini jalan ceritanya mudah untuk difahami walaupun menggunakan bahasa Filipina," katanya.

Sebelum menghasilkan lagu Pano, Zack juga terkenal dengan beberapa buah lagu seperti Nangangamba, Cruel, Sigurado, Iyong Iyo dan Elizabeth yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat di Filipina.

Pano mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Zack dan telah pun dilancarkan di platform penstriman Spotify serta video lirik muzik dapat ditonton di saluran YouTube Zack Tabudlo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain