suria

Denyut atau degup? Akhirnya Cikgu Zack bertentang mata dengan Nuha Bahrin dan Naufal… Tak simpan dendam isu lirik lagu ‘Casablanca’

Zack (tengah) pertama kali bertemu Naufal dan Nuha dalam satu majlis.

PERNAH memberikan teguran secara terbuka mengenai kesalahan tatabahasa dalam lirik lagu Casablanca, personaliti media sosial iaitu Cikgu Zack Kirana dilihat tidak kekok bertentang mata dengan penyanyi duo, Naufal Azrin dan Nuha Bahrin dalam satu majlis hiburan, baru-baru ini.

Mengakui dirinya seorang yang tenang, Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim, berkata dia tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap Nuha dan Naufal berhubung isu tersebut.

Ini kerana mereka berdua bukanlah penulis lirik untuk karya berkenaan dan hanya menyampaikan lagu tersebut mengikut kefahaman masing-masing.

"Tak pernah ada rasa marah atau simpan dendam. Saya ini tenang orangnya. Kami dari dua bidang yang berbeza, tetapi tujuannya sama untuk berkarya.

cikgu zack 3

Zack pernah menegur kesalahan tatabahasa dalam lagu Casablanca.

"Teguran saya sebelum ini untuk lirik dan mereka adalah penyanyi. Saya faham tugas mereka untuk meraikan lirik lagu tersebut. Apabila berjumpa pertama kali ini, saya sempat tegur dan bertanya khabar," katanya kepada mStar.

Ketiga-ketiga mereka dipertemukan dalam satu temubual ketika hadir ke majlis sidang media Anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Isu teguran tersebut mula timbul apabila Zack mempertikaikan penggunaan kata denyut dalam lagu tersebut yang dilihat tidak sesuai untuk menggambarkan sifat hati yang berdegup.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bunyi mungkin sedap tapi salah guna” - Cikgu BM tegur kesilapan perkataan dalam lirik ‘Casablanca’, bimbang murid terikut

ARTIKEL BERKAITAN: Marketing menjadi! Sebelum lancar Daqmie sudah jangka lagu ‘Casablanca’ akan meletup... bakal tampil single kedua

Pelbagai respon dalam kalangan peminat yang diterima oleh Zack sebelum ini kerana dianggap tidak memahami penyampaian kata-kata puitis dalam penghasilan sebuah lirik lagu.

Tidak ambil pusing dengan kritikan yang diterima, Zack dalam masa sama terbuka untuk bekerjasama dengan Naufal dan Nuha di masa akan datang.

Apa salahnya saya nak bekerjasama dengan mereka kerana saya pun ada menulis puisi, tetapi untuk menyanyi tidaklah

ZACK KIRANA

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

"Kalau kita ambil semua yang negatif maka ia boleh beri kesan semua kehidupan kita sampai boleh tak lena tidur. Jadi saya ambil yang positif sahaja.

"Apa salahnya saya nak bekerjasama dengan mereka kerana saya pun ada menulis puisi, tetapi untuk menyanyi tidaklah," jelasnya.

Mengambil pendekatan sama, Nuha juga menganggap teguran Zack adalah sebagai satu ilmu baharu dan dia terbuka untuk menerima apa sahaja pandangan untuk memperbaiki kualiti dalam lagu.

nuha naufal 1

Nuha dan Naufal juga terbuka untuk bekerjasama dengan Zack.

Populariti lagu Casablanca telah melayakkan mereka tercalon dalam dua kategori iaitu Lagu Trending Tergempak dan Video Muzik Tergempak dalam GMWA2022.

"Kami tidak langsung ambil teguran itu sebagai satu perkara negatif. Malah kami boleh belajar sesuatu yang baharu.

"Mungkin selepas ini Cikgu Zack boleh dijadikan tempat rujukan untuk lagu-lagu baru kami," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain