suria

‘Ku Bersuara’ dapat sambutan pendengar, Ernie Zakri tampil kisah sambungan dalam ‘Astana’

Ernie Zakri tampil dengan lagu terbaharu berjudul Astana.

SEBAGAI kesinambungan kepada kejayaan Ku Bersuara yang kena dengan selera pendengar, kali ini penyanyi Ernie Zakri muncul dengan single terbaharu berjudul Astana.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, berkata, dia jatuh hati dengan melodi Astana ciptaan Omar K dan bersetuju merakamkan lagu berkenaan meskipun ia masih belum disiapkan.

"Ketika diberitahu Omar tentang jalan cerita lagu ini, saya terus setuju kerana ia sesuai dengan saya.

Ernie mahu peminat memahami lirik dan kisah lagu yang disampaikan.

"Lagu ini juga ada kena mengena dengan Ku Bersuara malah mempunyai kesinambungan dalam liriknya membuatkan ia istimewa," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Selain Omar K, Ernie dan Syamel, Astana turut mendapat sentuhan Shazriq Azeman.

Dalam pada itu, Ernie berkata, bagi menjadikan lagu tersebut bertambah istimewa, dia dan suami, Syamel turut menyumbangkan beberapa idea bagi memastikan lagu berkenaan lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri teruja pertama kali nyanyi lagu ciptaan sendiri di SFMM37... Bukan mudah bersaing dengan ramai komposer hebat

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lain nyanyi ‘Berakhirlah Pencarianku’ di SFMM37, Ernie Zakri perjelas ia keputusan pengurusan

Malah kata Ernie, dia percaya kerjasama yang baik dapat menjadikan sesebuah karya itu berjaya.

"Saya dan Syamel ada sumbangkan beberapa idea semasa proses penghasilan lagu tersebut bersama Omar K sebab percaya jika ada kerjasama yang baik, sesebuah karya itu akan berjaya," katanya.

Bercakap lanjut mengenai Astana, Ernie menjelaskan lagu tersebut mempunyai jalan cerita tersendiri namun kisahnya berkaitan dengan lagu Ku Bersuara.

Ernie mengharapkan lagu Astana mendapat tempat di hati peminat.

"Kalau lagu Ku Bersuara dahulu ia mengisahkan mangsa yang berani meluahkan isi hati.

"Dalam Astana pula, mangsa tersebut berani keluar daripada hubungan toksik demi menjalani kehidupan lebih baik," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ernie memberitahu gementar apabila memikirkan bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) pada Februari tahun depan.

Ernie berkata, perasaan itu disebabkan dia mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri dan meletakkan harapan tinggi terhadapnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain