suria

Pekerja kiosk minuman Tomok kena pukau, wajah penipu berjaya dirakam CCTV... “Baru nak berniaga, RM87 tu banyak!”

Tomok berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di Instagram.

TAKTIK penipuan dengan cuba mengelirukan peniaga semakin banyak dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.

Perkara itu juga terjadi kepada pekerja penyanyi Tomok di kiosk minuman miliknya di Setia City Mall baru-baru ini apabila seorang lelaki memperdaya mereka dengan meminta wang baki meskipun belum membuat pembayaran.

"Semalam pekerja saya macam kena tipu di kedai kami. Orang itu datang dan pesan air... tiba-tiba dia minta baki sebanyak RM87 sedangkan dia belum bayar lagi air itu.

Tomok minta orang ramai untuk berhati-hati dengan individu berkenaan

"Rasa macam kena pukau pun ada. Jadi pekerja saya beri kepadanya kerana dipaksa untuk cepat," katanya.

Tomok berkongsi perkara itu menerusi Instagram termasuk memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCVT) yang di pasang di kiosk berkenaan.

Menerusi video tersebut memperlihatkan lelaki memakai baju berwarna hitam itu menghampiri kaunter pembelian dan berbual-bual dengan pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu saya tiada duit” - The Rock borong coklat di kedai serbaneka, tebus kesalahan curi semasa remaja

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah kena tipu dan alami kerugian, Zara Zya tak serik berniaga... “sampai bila nak berlakon?”

Wanita yang menjaga kaunter pembayaran tersebut kemudiannya memberikan wang yang diminta lelaki tersebut.

Sementara itu, Tomok berkata, selepas lelaki terbabit mengambil wang baki daripada pekerjanya, secara tiba-tiba dia muncul kembali dan minta untuk menukar wang sebelum menghilangkan diri.

"Saya baru jer nak berniaga, senang-senang dia datang ambil duit... RM87 tu banyak, itu baru satu kedai. Hati-hati guys," katanya.

Tomok juga memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan berharap kejadian serupa tidak berlaku kepada orang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain