suria

Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat, Norman Abdul Halim pula kagum... “Suntikan nafas baharu dalam program TV”

Norman puji cara Sheila Rusly dalam rancangan Dapur Tempur.

SEJAK beberapa hari lalu, tular sebuah video memaparkan pelakon dan penerbit Sheila Rusly menjerit dengan nada marah ketika memberi komen kepada peserta program Dapur Tempur sehingga teruk dikecam netizen.

Ramai mempertikaikan kredibiliti Sheila memberi komen terhadap peserta dengan cara kasar memandangkan dia tidak mempunyai kepakaran dalam bidang masakan.

Ada pula menganggap Sheila sepatutnya memberi teguran membina dan bukannya dengan cara biadab terhadap peserta.

Bagaimanapun, bagi Datuk Norman Abdul Halim dia kagum dengan peranan dimainkan Sheila dan menyifatkan pelakon itu berjaya menyuntik nafas baharu dalam program TV khususnya rancangan masakan di Malaysia.

Norman puji cara Sheila Rusly di Dapur Tempur.

Sebagai seorang mempunyai pengalaman dalam bidang penjurian, Norman memahami watak yang dizahirkan Sheila meskipun dikecam hebat netizen.

"Saya sendiri pernah jadi juri dalam pelbagai program realiti TV. Sememangnya setiap juri atau tenaga pengajar dikehendaki memainkan watak berbeza dan tak semestinya menggambarkan keperibadian kami yang sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa Kes, Norman KRU Cuci Tandas Masjid?

ARTIKEL BERKAITAN: Norman KRU tak minat jawatan tertinggi Finas

"Jujurnya, komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap Sheila membuatkan saya tertarik untuk menonton rancangan tersebut dari mula sampai ke akhir siaran.

"Saya melihat Sheila memainkan peranan yang sangat baik sebagai pengkritik tegas untuk menimbulkan suspens dan drama dalam rancangan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Norman menyifatkan watak dibawa Sheila diibaratkan sebagai seorang guru yang tegas di sekolah kerana mahu melihat anak didik berjaya.

Antara babak Sheila Rusly dalam Dapur Tempur.

Tambahnya, program realiti di Barat lebih dahsyat berbanding di negara ini sehingga ada membuang masakan ke dalam tong sampah atau mencampakkan ke muka peserta.

"Di Barat, ada sebuah rancangan pertandingan memasak yang popular dikendalikan oleh Gordon Ramsey. Dia turut menghentam peserta dengan kritikan-kritikan pedas hingga menjadikan rancangan TV tersebut popular di serata dunia.

"Sama juga watak yang dibawa oleh Sheila ibaratnya seperti antagonis dalam drama di TV dan tidak wajar dihina secara peribadi di media sosial," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain