suria

Penyanyi lain nyanyi ‘Berakhirlah Pencarianku’ di SFMM37, Ernie Zakri perjelas ia keputusan pengurusan

Ernie Zakri akur dengan keputusan pihak pengurusan.

PENYANYI Ernie Zakri mengesahkan tidak akan melakukan persembahan menerusi lagu Berakhirlah Pencarianku duet bersama Hafiz Suip di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37) nanti.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata, ia bukan permintaannya namun keputusan itu dibuat oleh pihak pengurusannya.

"Saya hanya layak memberi kenyataan sebagai seorang penyanyi sahaja. Seratus peratus keputusan bukan ditangan saya.

ernie1 - 1

Ernie ketika ditemui pada sidang media SFMM37.

"Tugas saya menyanyi sahaja, semua keputusan ini dibuat oleh pihak pengurusan," katanya kepada mStar.

Ernie ditemui semasa sidang media pengumuman 30 buah lagu yang berjaya ke pentas SFMM37 yang diadakan pada Jumaat.

Berakhirlah Pencarianku bakal digantikan oleh penyanyi Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq.

ARTIKEL BERKAITAN: SFMM37 tampil saingan sengit, berikut senarai penuh 30 lagu berentap

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil Ernie Zakri berangan pegang trofi AIM, kemenangan 'Goodbye Hello' detik paling manis

Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia hanya dimaklumkan pihak pengurusan mengenai perkara tersebut minggu lalu dan akur dengan keputusan dibuat.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Boneka ini tidak merasakan perubahan itu sebagai perkara negatif malah tetapi peluang terbaik buat Wani.

"Sudah tentu saya rasa janggal melihat penyanyi lain menyanyikan lagu itu nanti sebab saya yang melalui proses rakaman.

ernie2 - 1

Wani Kyrie dan Ahmad Syafiq bakal menggantikan Ernie dan Hafiz.

“Tapi ini peluang terbaik untuk Wani menimba pengalaman di pentas Muzik-Muzik. Kalau saya ditempatnya, saya pun akan terima peluang diberikan,” ujarnya.

Sementara itu, Ernie tiada masalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada Wani sekiranya diperlukan sebagai persediaan di pentas berkenaan.

Untuk rekod, Ernie turut mempertaruhkan lagu berjudul Korban yang turut layak bertanding di SFMM37.

Program itu bakal berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 November sebelum 12 lagu terbaik berentap ke Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain