suria

Sejak kecil Ernie Zakri berangan pegang trofi AIM, kemenangan ‘Goodbye Hello’ detik paling manis

Syamel dan Ernie Zakri berjaya menggondol anugerah Lagu Terbaik AIM 23.

PASANGAN Syamel dan Ernie Zakri menyifatkan kemenangan lagu Goodbye Hello menerusi dua kategori Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) Ahad lalu sebagai detik paling manis sepanjang bergelar anak seni.

Kata Syamel, apa bermula sebagai lagu tema perkahwinan mereka, Goodbye Hello kini menerima pengiktirafan tertinggi apabila menerima trofi Lagu Terbaik AIM23 yang menjadi idaman ramai.

"Alhamdulillah kemenangan lagu Goodbye Hello memang tak disangka-sangka. Saya anggap ia sebagai rezeki dan hadiah buat kami berdua.

"Lagu ini memang dianggap seperti lagu tema perkahwinan, tetapi malam ini ia menambah lagi kenangan manis dalam karier nyanyian kami kerana telah menerima pengiktirafan anugerah muzik," kata Syamel.

ernie

Impian Ernie tercapai apabila berjaya memenangi anugerah di AIM.

Selain kategori Lagu Terbaik, lagu ciptaan bersama Syamel, Ernie Zakri, Faizal Tahir dan Mike Chan itu membawa pulang trofi Lagu Pop Terbaik.

Kemenangan itu turut disertakan dengan Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebanyak RM50,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii, bawa pulang RM200,000

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bergelar ibu, Ernie Zakri akui sibuk urus keluarga dan kerjaya... Tak sangka sekejap anak dah masuk 4 bulan

Selain Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik, Ernie turut membawa pulang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Sinar Mata Hati.

Mengulas kemenangan itu, Ernie berkata, ia adalah saat yang dinanti-nanti sepanjang bergelar penyanyi.

"AIM memang anugerah yang saya tunggu-tunggu selama ini, apatah lagi Syamel pernah memenanginya tetapi saya belum pernah.

"Apabila nama dicalonkan saya orang paling gembira sebab sekurang-kurangnya kerja keras selama ini mendapat pengiktirafan dan kemenangan ini akan membuatkan saya lebih bersemangat," katanya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini bernikah pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Nur Khawla Soleha.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain