suria

Ezra Kong komposer dengan pendapatan tertinggi MACP 2022

Ezra Kong penerima trofi Pencapaian Dengan Pendapatan Tertinggi MACP 2022.

KOMPOSER Ezra Kong muncul sebagai penerima trofi Pencapaian Dengan Pendapatan Tertinggi di Anugerah Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) 2022 yang berlangsung pada malam Sabtu.

Ezra yang popular menerusi lagu ciptaan seperti Anta Permana, Jampi, Haram dan Gila menewaskan dua calon lain iaitu Datuk M Nasir dan Zai Hamzah.

Komposer itu dalam ucapannya berharap industri muzik tempatan akan terus berkembang pada masa akan datang.

“Terima kasih MACP. Semoga industri muzik terus maju jaya,” katanya ketika menerima anugerah.

Naim Daniel

Naim lebih bersemangat mencipta lagu selepas ini.

Usaha penyanyi Naim Daniel mencipta lagu berkualiti pula melayakkan dia menerima trofi Anugerah Komposer Muzik Berpotensi.

Kata Naim, penghargaan itu membuatkan dia lebih bersemangat menghasilkan karya lebih baik pada masa akan datang.

"Penghargaan ini adalah semangat untuk saya berkarya. Saya juga akan sentiasa ingatkan diri bahawa bukan anugerah sahaja penting tetapi bakti kepada orang ramai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Assalamualaikum’ buka peluang Ezra Kong dalam arena muzik Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Haram’ juara AJL33, Hael Husaini dan Ezra Kong rangkul anugerah dua tahun berturut-turut

Lagu Hutang nyanyian Floor88 pula diumumkan sebagai Lagu Melayu Dengan Dendangan Terbanyak pada edisi kali ini.

Pada majlis yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur itu, MACP turut memberi Anugerah Nadi Cipta kepada Seniman Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Nawab sebagai penghargaan sepanjang penglibatan beliau dalam bidang muzik.

Anugerah MACP adalah pengiktirafan kepada penggiat seni termasuk komposer dan penulis lirik yang banyak menyumbang hasil karya mereka untuk perkembangan industri seni negara.

553 (1)

Ezra banyak menghasilkan lagu berbahasa Melayu popular.

Kemenangan adalah berdasarkan hasil royalti yang dikutip MACP daripada persembahan muzik di stesen TV dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.

Acara malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Syamel, Ernie Zakrie, Afieq Shazwan, Naqiu, Amelina dan Yantzen.

Sementara itu penyampai radio AG bertindak sebagai hos.

Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah MACP 2022;

1. Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi - Ezra Kong

2. Komposer Muda Berpotensi - Naim Daniel

3. Nadi Cipta - Datuk Seri Dr Ahmad Nawab

4. Lagu Melayu Dendangan Terbanyak - Hutang/Floor88 (Komposer & Penulis Lirik: Zai Hamzah)

5. Lagu Cina Dendangan Terbanyak - A Lai Si Jia Hai Wan/Firdhaus (Komposer & Penulis Lirik: Firdhaus & Li Kang Ning)

6. Lagu Tamil Dendangan Terbanyak - Ennai Kollathey/Ganesh & Kumaresh (Komposer & Penulis Lirik: Ztish & Yuwaji)

7. Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak - Crush/Yuna (Komposer & Penulis Lirik: Yuna, Raymond Usher, Robinson Maclean, Warfield & Brian Keith)

8. Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak - Faded/Alan Walker (Komposer & Penulis Lirik: Jasper Borgen, Anders Froeen, Gunnar Greve, Alan Walker)

9. Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi - Tak Tahu Malu/Atmosfera (Komposer & Penulis Lirik: Hezron Rayner)

10. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi - MVM Production Sdn Bhd

11. Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi - Universal Music Publishing Sdn Bhd

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain