suria

Cukup sekali Alieff Irfan berlakon, fokus buat ‘content’ YouTube

Alieff lebih selesa bergelar seorang YouTuber.

PERSONALITI media sosial, Alieff Irfan mendedahkan lakonannya dalam Daddyku Gangster mungkin adalah filem pertama dan terakhir sebagai pelakon di layar perak.

Alief atau Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, berkata, dia tidak berminat bergelar pelakon sebaliknya lebih tertarik untuk menerbitkan filem.

"Saya dah berniat dalam hati, mungkin filem ini adalah pertama dan terakhir bagi saya.

"Mungkin saya tidak akan menjadi pelakon lagi, melainkan menerbitkan filem saya sendiri," katanya kepada mStar.

alief1 - 1

Alieff tidak terfikir untuk berlakon lagi buat masa sekarang.

Alief berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Daddyku Gangster yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dikenali sebagai antara YouTuber mempunyai pendapatan tertinggi, Alief memberitahu dia hanya mahu menimba ilmu daripada individu berpengalaman dan bukannya untuk mencari pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil kerja keras 5 tahun, akhirnya Alieff Irfan dapat beli kereta sport McLaren 720S bernilai RM2 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Alieff Irfan tunjuk wajah anak kembar, Instagram Aydeen dan Ayla sudah ada 150,000 pengikut

"Saya bukan berlakon untuk menjadi kaya. Saya hanya mahukan pengalaman dan ilmu serta mencuba perkara yang tidak pernah terlintas untuk saya lakukan.

"Disebabkan set penggambaran filem ini dilakukan di Kelantan, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya kerana dekat dengan kampung halaman," jelasnya.

Bagaimanapun, sekiranya diberikan tawaran menarik selepas ini, Alieff akan mempertimbangkan semula untuk berlakon namun buat masa sekarang dia hanya mahu memberi fokus kepada kandungan digital di platform YouTube.

Saya dah berniat dalam hati, mungkin filem ini adalah pertama dan terakhir saya.

ALIEFF IRFAN

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Saya tidak menolak jika ada tawaran yang menarik untuk berlakon filem. Mungkin saya boleh pertimbangkan.

"Tapi, apa yang saya boleh katakan sekarang, saya rasa saya tidak akan berlakon dalam mana-mana filem dan hanya memberi fokus kepada siaran YouTube saya," ujarnya.

Bagi personaliti media sosial ini, dia lebih selesa membuat kandungan di YouTube kerana kerjayanya bermula di platform berkenaan.

alief2 - 1

Alieff ingin terus fokus pada siaran YouTube.

"Saya sebenarnya lebih puas buat content YouTube kerana itu adalah platform saya. Saya bebas berkarya sendiri di platform itu dan tidak terikat dengan komitmen dengan orang lain.

"Lagi pun saya tidak mahu orang mengatakan saya buat filem macam buat video YouTube. Kalau di YouTube orang tidak boleh menilai terlalu tinggi kerana ia hanya kandungan di media sosial," jelasnya.

Terdahulu, Alieff membuat kemunculan pertamanya dalam filem Daddyku Gangster yang sudah ditayangkan di pawagam sejak 1 Disember lalu.

Selain Alieff, filem itu turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Adeline Tsen, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim dan Zalif Sidek.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain