suria

Bapa Noki K-Clique meninggal dunia, terkilan tak dapat bertemu buat kali terakhir

Bapa Noki meninggal dunia pada usia 66 tahun.

BAPA kepada penyanyi Noki K-Clique iaitu Aji Lee Ahsam, 66, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Sipitang, Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat.

Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 28, berkata, dia dalam keadaan tidak percaya apabila mendapat panggilan telefon daripada abang sulungnya memaklumkan pemergian bapa tersayang selepas waktu Maghrib semalam.

Ini kerana katanya, Allahyarham bapanya tidak mengalami sebarang penyakit kritikal melainkan masalah saraf yang dideritainya sejak muda.

noki 3

Noki terus mendapatkan tiket pulang ke Sabah selepas menerima berita kematian bapa.

"Ketika abang sulung telefon beritahu ayah sudah tiada, saya berada di gim ketika itu. Bayangkan dapat khabar mengejut secara tiba-tiba, memang saya tak boleh nak percaya.

"Kemudian kami buat panggilan video dan melihat wajah ayah yang sudah tidak bernyawa... saya lihat mukanya tenang," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Dina Nadzir meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia

Noki yang berada di Kuala Lumpur ketika menerima khabar duka itu pulang ke kampung halamannya pada awal pagi Sabtu.

Dia ketika dihubungi sedang dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian arwah bapanya.

Saya melihat mukanya tenang

NOKI K-KLIQUE

PENYANYI

"Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika ini. Inilah kali pertama saya merasai kehilangan orang terdekat.

“Sejak umur 30-an lagi ayah sudah berjalan menggunakan tongkat akibat sakit saraf. Dia juga sudah terlantar sejak beberapa tahun lalu namun tidak pernah pula ada sakit lain seperti jantung atau masalah buah pinggang,” ujarnya.

"Saya hanya dapat tike balik ke Kota Kinabalu awal pagi tadi. Saya terus ke kawasan tanah perkuburan untuk urusan pengebumian jenazah," katanya.

noki 2

Bapa Noki tidak boleh berjalan sejak beberapa tahun lalu akibat sakit saraf.

Bercakap lanjut mengenai bapanya, Noki memberitahu kali terakhir mereka bertemu adalah pada sambutan hari raya lalu dan kali terakhir berbual menerusi telefon seminggu lepas.

Meskipun tidak mempunyai sebarang sakit kronik lain, Noki memberitahu arwah sudah lama terlantar akibat masalah saraf.

"Kali terakhir saya bercakap dengan ayah adalah minggu lepas. Jadi memang rasa amat sedih kerana tidak dapat berjumpa di saat-saat akhir hayatnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain