suria

Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia

Bapa Nabil meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

BAPA kepada penagcara dan penyampai radio Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail meninggal dunia pada usia 71 tahun di Hospital Serdang sekitar pukul 2 petang, Jumaat akibat komplikasi jantung.

Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh pengurus Nabil yang memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu.

"Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung

"Bapa Nabil sudah lama menghidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk.

"Nabil kini berada di hospital bagi pengurusan jenazah," katanya kepada mStar.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain