suria

Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung

Aman Shah meninggal dunia pada usia 68 tahun.

PENYANYI Aman Shah disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 2 petang, Rabu.

Berita pemergian Aman Shah atau nama sebenar Aman Shah Abu Kassim disahkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti itu dilaporkan telah menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: M Daud Kilau stabil dan semakin pulih, ungkapan ‘Inallillah’ punca salah faham dikatakan sudah meninggal dunia

Jenazah Allahyarham kini berada di IJN untuk urusan postmortem dan akan dibawa terus ke Masjid Alam Damai Cheras, Selangor untuk disolatkan.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai.

Berita kematian Aman turut dikongsi oleh beberapa orang rakan artis serta penggiat seni tanah air yang turut berduka atas pemergian itu.

Aman Shah dilahirkan pada tahun 1954 di Johor Bahru dan bergelar anak seni sejak tahun 1979.

Antara filem lakonannya adalah Darah Satria, Azura dan Aku Bukan Gila.

Untuk rekod, Aman Shah pernah mengalami serangan jantung di rumah kakaknya dan menerima rawatan di Hospital Melaka pada Oktober 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain