suria

Bapa Dina Nadzir meninggal dunia

Bapa Dina meninggal dunia pada usia 64 tahun.

BAPA kepada penyanyi Dina Nadzir iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi, Ahad.

Allahyarham meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey.

Mickey memaklumkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah paru-paru.

"Arwah memang ada penyakit kanser. Baru-baru ini dia mengalami kegagalan paru-paru dan dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu," katanya.

dina 2

Dina sempat bersama di sisi bapanya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Mickey turut memberitahu Dina bersama ahli keluarga lain berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas, Johor Bahru sebelum solat Asar pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah persembahan kurang menyengat, Dina Nadzir dedah dijangkiti Covid-19 minggu kedua GV9... “Suara pun belum baik lagi”

Susulan berita sedih itu, Dina yang merupakan salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) tidak akan membuat persembahan ada minggu keenam.

"Semestinya Dina tidak akan membuat persembahan malam ini. Dia sempat melakukan sound check pada Sabtu sebelum kami memaklumkan keadaan bapanya yang semakin kritikal.

"Dina pulang ke Johor sejurus menerima berita berkenaan," katanya.

Pada minggu ini, Dina sepatutnya menyampaikan lagu berjudul Januari nyanyian asal Glen Fredly.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain