suria

Taufiq Hanafi minta dicabar bawa watak berbeza, tak mahu stereotype sebagai pelakon aksi

Taufik mahu jadi pelakon versatil.

SERING dilabelkan sebagai pelakon aksi, pelakon Taufiq Hanafi berharap persepsi tersebut tidak terus ‘melekat’ pada dirinya supaya dapat diberi peluang membawa lebih banyak watak dalam lakonan.

Menurut Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 31, disebabkan perkara itu juga ada dalam kalangan penerbit enggan mengambilnya berlakon dalam sesebuah produksi.

“Ada juga rasa kecewa kerana orang asyik melihat saya sebagai pelakon aksi. Takkanlah itu sahaja yang boleh saya buat. Apabila terlalu sinonim dengan watak sebegitu, bagaikan sudah tiada produksi nak cabar saya bawa watak lain.

taufiq 2

Taufiq sering terlepas tawaran berlakon kerana dianggap hanya boleh memainkan watak aksi.

“Sehinggakan ada ketika apabila saya bertanya kepada pengarah atau penerbit tentang tawaran kerja, mereka tidak mahu mengambil saya kerana tidak menerbitkan sebuah kisah genre aksi.

“Tolonglah cabar saya. Kalau tak beri peluang, bagaimana saya nak buktikan saya boleh bawa watak lain,” katanya kepada mStar.

Bagi Taufiq dia juga terbuka dengan sebarang kritikan jika watak yang dimainkan itu tidak menjadi dan sedia untuk memperbaiki mutu lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bakat tapi popular, Taufiq Hanafi minta jangan sia-siakan peluang

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga didakwa bermasalah, Luqman Hafidz tunggu masa sesuai jelas situasi sebenar

Dalam masa sama, dia juga tidak boleh untuk terus menolak sekiranya diberi peluang berlakon dalam sebuah karya genre sebegitu demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Apa sahaja watak saya akan letakkan sepenuh komitmen untuk menjayakannya kerana itu tugas sebagai seorang pelakon. Jika tidak berjaya bawa watak tersebut, saya boleh terima kritikan untuk memperbaiki diri.

“Ada pelakon yang lebih suka untuk kekal dalam satu genre, itu terpulang kepada mereka. Tetapi saya tidak mahu mensia-siakan pengalaman serta ilmu dalam dunia seni ini hanya untuk satu genre sahaja.

Tolonglah cabar saya. Kalau tak beri peluang, bagaimana saya nak buktikan saya boleh bawa watak lain.

TAUFIQ HANAFI

PELAKON

“Bagaimanana kalau orang terus beri watak aksi saya akan terima,” ujarnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Paskal ini juga punya pandangan tersendiri untuk terus kekal relevan dalam industri seni.

Tidak mementingkan soalan bayaran, Taufiq percaya bahawa tampil dengan lebih banyak karya baharu akan membuatkan dia terus kekal sebagai seorang pelakon.

taufiq 1

Taufiq harap diberi banyak peluang untuk mencuba watak berbeza.

“Kalau terima bayaran tinggi, namun tawaran kerja jarang dapat tidak guna juga. Saya bukanlah seorang pelakon yang akan meletakkan bayaran tinggi untuk sesebuah projek.

“Saya mahu konsisten dan kekal relevan dalam dunia lakonan. Sebab itu mana-mana yang pernah bekerja dengan saya akan faham betapa mudahnya untuk deal tentang urusan kerja,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain