suria

Berjaya bangkitkan semangat P. Ramlee dalam lagu, Aruel Ariel juara program Getaran Jiwa

Aurel Ariel juara Getaran Jiwa.

ANAK jati Selangor iaitu Aruel Ariel muncul sebagai juara program Getaran Jiwa yang berlangsung di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak pada malam Jumaat.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Aurel, 36, membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi.

Aurel berjaya menewaskan tiga peserta lain dengan persembahan memukau menerusi lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan Gelora menerusi pusingan battle bersama Santiana Ramli.

Sementara itu, Santiana, 29, yang mempertaruhkan lagu Tari Tualang Tiga berjaya mendapat tempat kedua sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta bersama hadiah masing-masing.

Manakala tempat ketiga pula milik Afif Tenor, 33, yang juga menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Afif turut terpilih sebagai pemenang Anugerah GJ Pilihan Jiwa yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick kongsi foto dalam pelukan lelaki, netizen kesal luahan putus cinta hanya gimik lagu... “Tak baik tipu kami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan busybody sangat boleh tak?” - Qistina Raisah minta netizen buat research, jelaskan hubungan dengan lelaki dalam foto tular

Tempat terakhir milik Ameem, 34, dan tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima wang tunai RM5,000.

Dalam pada itu, pentas akhir Getaran Jiwa turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Mas Idayu yang bertindak sebagai Mami Jiwa Panas bersama persembahan istimewa Alena Murang, Winnie Albert, Carrie Geres, Safar Ghafar dan Hairee Francis.

Aurel bawa pulang hadiah RM30,000.

Getaran Jiwa dihoskan Sissy Imann bersama Jiggy serta menampilkan Datuk Nash dan Norafizah Busman sebagai juri tetap manakala Faizal Tahir selaku juri jemputan.

Setiap persembahan perserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70 peratus oleh barisan juri profesional dan 30 peatus oleh juri awam yang mengundi atas talian menggunakan 'Meter Jiwa'.

Untuk makluman, program terbitan TVS dengan sokongan kerajaan negeri Sarawak ini diinspirasikan karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain