suria

Janna Nick kongsi foto dalam pelukan lelaki, netizen kesal luahan putus cinta hanya gimik lagu… “Tak baik tipu kami”

Kisah putus cinta Janna Dini hanya gimik lancar lagu baharu?

SELEPAS memuat naik pelbagai kata-kata dan luahan menggambarkan dirinya seolah-olah sudah putus cinta, pelakon Janna Nick akhirnya berkongsi mengenai lagu terbaharu nyanyiannya.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, memberitahu lagu berjudul Mentari Setia itu diilhamkan daripada hati yang pernah terluka.

"Kesedihan, kekecewaan, segala luahan adalah benar dan penulisan lirik tulus dari hati yang pernah terluka," katanya menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Janna Nick umum lagu terbaharu nyanyiannya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi foto dalam pelukan seorang lelaki yang tidak dikenali identiti.

Berkongsi lanjut, Janna memberitahu lagu terbaharunya itu boleh didengari menerusi saluran YouTube miliknya.

Sehubungan itu, rata-rata netizen mendakwa kisah perpisahan Janna serta kekasih hatinya iaitu Dini Schatzmann hanya sekadar gimik untuk mempromsikan lagu terbaharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak ambil tahu hal Janna Nick, Dini Schatzmann mengelak jawab gosip sudah putus cinta... “Itu kehidupan peribadi dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen meluat baca luahan ‘putus cinta’ Janna Nick... “Maaf saya tidak cukup matang hadapi situasi ini”

Malah, mereka turut menegur tindakan Janna yang selesa di dalam dakapan seorang lelaki yang dipercayai bukan suaminya.

"Tak baik tipu kami Janna. Kira putus dengan Dini itu gimik nak keluar lagu baharu la kan.

"Elok sungguh lelaki peluk Janna itu, suami Janna ke? Kalau belum cepat halalkan.

"Janna memang nak kena kecam ke post gambar peluk lelaki, dah la tipu netizen. Sengaja mengundang Janna ni," antara komen netizen.

Netizen dakwa tertipu dengan gimik Janna Nick.

Sebelum ini, hubungan Janna dan juga Dini menjadi teka teki dalam kalangan peminat apabila hubungan mereka dikatakan sudah berakhir.

Bagaimanapun, sehingga kini Janna dan Dini masih lagi enggan memberi komen mengenai hubungan mereka.

Menambah spekulasi lagi apabila Janna membawa diri ke Eropah dipercayai untuk merawat hatinya yang luka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain