suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enot perlu jalani pembedahan tulang belakang, 3 bulan kaki bersimen… Shiera mohon rakan artis bantu hulur sumbangan

Shahirah prihatin dengan keadaan Enot dan meminta rakan artis untuk turut membantu.

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahirah prihatin dengan keadaan pelakon Alliza Abdullah atau Enot yang retak tempurung lutut dan kaki kanan patah selepas terjatuh dalam bilik air, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera memohon orang ramai membantu menghulurkan sumbangan bagi menampung kos rawatan pembedahan tulang belakang pelakon komedi itu.

"Kalau nak tolong, silakan. Semua ada naik turunnya. Nak tolong besar pahala, InsyaAllah.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Shahirah telah meraih perhatian ramai.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Shahirah telah meraih perhatian ramai

"Rakan artis terutamanya. Ada RM10 bank in la ke akaun Enot. Terima Kasih.

"Terima kasih. Saya doakan semoga yang membaca hantaran ini dipermudahkan urusan dan dilindungi dari anasir jahat. Amin," tulisnya.

Dalam hantaran yang dikongsi oleh Shahirah itu, Enot memberitahu bahawa dia terpaksa mendapatkan rawatan selepas tempurung lututnya didapati retak dan menjejaskan kemampuannya untuk melakukan pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Enot jatuh bilik air, kaki patah dan lutut retak... anggap kejadian ‘pengenalan’ di rumah baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani dikejarkan ke hospital, pengsan ketika jawab peperiksaan di sekolah

"Mohon tolong hulurkan sedikit bantuan untuk saya bertahan selama tiga bulan.

"Berharap bantuan anda semua dapat meringankan beban saya sedikit. Semoga Allah dapat membalas jasa baik anda semua," katanya.

Pada Isnin lalu, Enot terpaksa dikejarkan ke hospital apabila terjatuh di dalam bilik air dan mengakibatkan retak tulang tempurung dan patah kaki kanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain