suria

Putra Amaris buka ‘Rumah Artis’, tawar harga barangan kediaman mampu milik 

Selain berlakon, Putra Amaris juga menceburi bidang perniagaan.

PELAKON dan usahawan Putra Amaris tidak menyangka minat mendalam terhadap bidang dekorasi mampu menjadi salah satu cabang perniagaan apabila berjaya membina jenama sendiri iaitu Rumah Artis.

Amaris atau Muhammad Amran Ismail, 37, berkata, peluang perniagaan ini bukan sekadar keuntungan sebaliknya mahu membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan perabot atau aksesori rumah dengan harga mampu milik.

"Barangan hiasan yang dijual di Rumah Artis ini harganya cukup berpatutan sebab ada item berkualiti tinggi tetapi dijual dengan harga RM1.

Amaris bersama barisan rakan kerjasama perniagaan Rumah Artis.

"Di sini kami bukan sahaja menjual barangan kelengkapan rumah tetapi turut menyediakan perkhidmatan menyewa barang termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set penggambaran.

"Tak cukup dengan itu, kami turut menyediakan perunding hiasan dalaman iaitu Azirun Ramly jika pengunjung perlukan sebarang nasihat tentang dekorasi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Putra Amaris nak bina rumah untuk asnaf tercapai, berjaya kumpul dana RM100,000

Amaris berkongsi perkara itu menerusi sidang media pelancaran Rumah Artis yang diadakan di Sentul, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Bercakap lanjut mengenai Rumah Artis, Amaris berkata, jika perniagaan itu mendapat sambutan baik pelanggan, dia bercadang untuk meluaskan pasaran dengan membuka lebih banyak cawangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Tetamu yang dijemput untuk memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Rumah Artis.

"Memang menjadi harapan saya agar jenama ini menjadi pilihan penggemar dekorasi dalaman dan sekiranya berjaya saya mahu membuka lebih banyak cawangan pada masa depan.

"Kami juga perlu lebih banyak perunding hiasan dalaman yang ingin bekerjasama dengan Rumah Artis kerana itu kelainan yang ingin kita tampilkan kepada pelanggan," katanya.

Rumah Artis beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam di Sentul, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain