suria

Pernah membesar dalam keluarga B40... Eizlan Yusof miliki 'hati tisu', faham kesusahan hidup rakyat

Eizlan akan berjuang memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

PELAKON yang juga merupakan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof berkongsi kisah perjalanan hidupnya membesar dalam keluarga serba kekurangan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 51, berkata dia pernah menginap di rumah berbumbungkan atap bocor dan hanya mempunyai sepasang seluar sekolah yang digunakan daripada tingkatan satu hinggalah tamat pendidikan menengah.

"Saya berasal dari keluarga B40, jadi saya faham keperitan hidup dan kita boleh duduk bersembang dengan saya.

"Saya bersyukur sebab Allah buka banyak pintu sehinggalah ke hari ini menjadi calon Parlimen di Sabak Bernam," katanya kepada mStar.

eizlan1 - 1

Eizlan turun padang turun padang membantu golongan kurang berkemampuan.

Dalam pada itu, Eizlan berkata rezeki yang diterima hari ini merupakan satu rahmat dan menjadi penguat semangat untuk dia terus berjuang serta memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham, Eizlan tak janji 'bulan dan bintang', Jurey mahu wujudkan floating market di Lenggong jika menang PRU15

ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Ali buat 'U-turn', tarik diri jadi calon PRU15... - "Mak datang dalam mimpi saya nasihat jangan bertanding"

Mengimbau kembali sewaktu dilantik sebagai Pengerusi Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri tahun lalu, Eizlan memberitahu rakannya iaitu Dr. Ahmad Idham merupakan individu yang mencadangkan dia memegang portfolio berkenaan.

"Ahmad Idham kata saya paling layak sebab jiwa saya 'tisu', saya memang ada masalah apabila berdepan dengan orang yang berada dalam kesusahan.

"Sekiranya diberi mandat di Parlimen Sabak Bernam, saya memberi jaminan untuk menyelesaikan beberapa isu," jelasnya.

eizlan2 - 1

Eizlan komited untuk berbakti kepada masyarakat di Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Eizlan turut berkongsi antara isu yang ingin diselesaikan dalam parlimen berkenaan adalah berkaitan kelemahan isyarat jalur lebar (internet) talian telefon, naikkan sektor eko-pelancongan, pertanian dan peluang kerjaya golongan belia.

Namun jika gagal memenangi kerusi di parlimen P.092 itu, Eizlan tetap komited untuk meneruskan khidmat dan bakti sebagai kumpulan pendesak.

"Saya adalah orang yang suka bekerja dan bukan hanya bercakap kosong.

"Jika kalah sekali pun, saya akan terus mendesak wakil rakyat supaya menyelesaikan masalah berkenaan, selaras dengan tanda pagar #jomkitabuatkerja," katanya.

Untuk rekod, Parlimen Sabak Bernam bakal menyaksikan Eizlan akan bertembung dengan tiga lagi calon iaitu Shamsul Maarif Ismail (Parti Amanah Negara), Datuk Abd Rahman Bakri (Barisan Nasional) dan Kalam Salan (Perikatan Nasional).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain