suria

Azwan Ali buat ‘U-turn’, tarik diri jadi calon PRU15... - “Mak datang dalam mimpi saya nasihat jangan bertanding”

Azwan Ali tarik diri bertanding dalam PRU15.

PENGACARA sensasi Azwan Ali mengumumkan menarik diri daripda bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Azwan atau Mohamed Azwan Ali, 56, berkata, keputusan itu dibuat selepas Allahyarham ibunya sering hadir dalam mimpi memberitahu supaya tidak bertanding.

"Bisikan arwah Mak Tom, dia selalu datang dalam mimpi saya. Mak menasihatkan saya jangan bertanding," katanya.

Tambah Azwan lagi, dia sering ke pusara ibu untuk mengadu dan yakin walaupun arwah sudah tiada namun tetap mendengar rintihannya itu.

azwan - 1

Azwan membuat keputusan menarik diri awal pagi tadi.

"Saya sering ke pusara arwah mak. Semalam saya baru pergi dan mengadu dengan mak. Walaupun dia dalam kubur, kita percaya dia boleh dengar," katanya.

Azwan mengumumkan keputusan itu ketika bertemu pemberita di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu pada pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Ali umum bertanding di Parlimen Gombak, yakin mampu tewaskan Azmin... Masak 10 kawah rendang untuk penyokong

ARTIKEL BERKAITAN: "Sampai hati... bapa saya baru meninggal" - Azza Elite kena maki dengan Azwan Ali gara-gara lambat serah tempahan sejadah

Dalam pada itu, Azwan memberitahu keputusan menarik diri tersebut dibuat pada awal Subuh tadi.

"Saya terpaksa tarik diri dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Amirudin kerana dia antara tahu tidak tahu.

"Macam saya kata tadi, keputusan menarik diri baharu saya buat awal pagi tadi," jelasnya yang menunjukkan sokongan kepada Amirudin.

Terdahulu, kecoh apabila pengacara sensasi ini mengumumkan bakal bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Gombak pada PRU15.

Parlimen Gombak juga mempelihatkan abangnya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain