suria

Pernah dapat bantahan tolak watak utama filem Sepi, Nasha Aziz kota janji genggam anugerah buat penerbit

Kemunculan Nasha Aziz dalam filem Sepi memegang watak Suzie.

PELAKON dan model Nasha Aziz mendedahkan pernah menolak tawaran menerajui filem Sepi, sebaliknya lebih tertarik memegang watak pembantu.

Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 51, berkata, dia lebih tertarik dengan watak sebagai Suzie selepas membaca skrip diberikan oleh pengarahnya, Khabir Bhatia.

"Selepas saya menilai perwatakan peranan utama tersebut, saya terus beritahu Khabir dan penerbit sebelum ini saya pernah melakonkan watak hampir sama dalam filem Buli.

nasha2

Nasha sebelum ini berkongsi kisahnya sebagai model.

"Saya menyatakan hasrat untuk melakonkan watak Suzie walaupun hanya keluar limat minit," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nasha berkata, keputusannya itu mendapat bantahan daripada pihak penerbit kerana menyifatkan ia satu kerugian jika dia hanya memegang peranan kecil dalam filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak?” - Nasha Aziz pegang pada prinsip, resepi 30 tahun bertahan sebagai model

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terima jambangan bunga setiap hari, Nasha Aziz kini sedang bahagia bercinta

Namun Nasha memberitahu dia berjaya menyakinkan pihak produksi dengan berjanji akan memberikan mereka anugerah menerusi watak berkenaan dan dia mengotakan janjinya.

"Alhamdulillah saya mengotakan janji apabila berjaya membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2008 untuk peranan saya itu," katanya.

nasha1

Pelakon ini mengakui tidak memilih peranan, asalkan watak yang dibawa beri impak.

Sementara itu, Nasha berkata, pengajaran daripada perkongsiannya itu adalah jangan memandang kecil terhadap satu usaha dan setiap pekerjaan itu haruslah mempunyai nilai, kualiti berserta kemampuan diri sendiri.

"Saya tak kisah jika watak yang dimainkan itu kecil, asalkan ia dapat memberi impak besar kepada penonton," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain