suria

“Lagu hebat, penyanyi pun kena hebat” - Jaclyn Victor pilih Aina Abdul bukan mahu ‘perang’ vokal

Jac pilih Aina untuk bantu buat persembahan terbaik.

PENYANYI Jaclyn Victor memberitahu pemilihan Aina Abdul sebagai rakan duet bagi cabaran minggu kelima pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bukan bertujuan untuk berlawan kekuatan vokal sesama sendiri.

Sebaliknya kata Jaclyn, dia melihat kemunculan Aina nanti dapat melengkapkan persembahannya selain menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang bijak.

"Saya tidak rasa akan jadi ‘perang’ vokal antara kami nanti... Aina seorang penyanyi yang bagus. Dia tahu untuk buat persembahan bersama supaya tidak nampak ada persaingan antara kami.

"Aina juga seorang yang bijak dalam muzik. Saya mengundangnya untuk bantu buat persembahan, bukan untuk gaduh atas pentas.

jac 3

Jac rancang strategi untuk terus bersaing.

"Saya gembira dapat menyanyi bersama Aina. Sekurang-kurangnya dia dapat hilangkan rasa gemuruh saya,” katanya kepada mStar.

Jac dan Aina bakal berduet menerusi lagu berjudul Cinta yang sebelum ini dipopularkan oleh Marsha Milan Londoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor alami masalah sinus kronik, perlu jalani pembedahan untuk elak gangguan sewaktu menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Pat Candy ‘flat’ tapi selamat, minggu keempat Gegar Vaganza 9 tiada penyingkiran

Dalam pada itu, Jac berkata, pemilihan Aina turut bertepatan dengan peluang menyampaikan lagu yang pernah mendapat pengiktirafan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) berkenaan.

Ini kerana kata Jac, lagu yang hebat seperti Cinta memerlukan persembahan terbaik dan yakin mereka dapat melakukannya di pentas GV9.

Lagu Cinta juga sangat kuat. Jadi kalau lagu sudah bagus kenalah pilih penyanyi yang hebat. Itu adalah strategi saya

JACLYN VICTOR

PENYANYI

"Semestinya saya mahukan rakan duet yang tidak banyak buat kesalahan ketika menyanyi dan Aina adalah salah seorang penyanyinya. Dia bakat muda yang mempunyai rekod cemerlang.

"Lagu cinta juga sangat kuat. Jadi kalau lagu sudah bagus, kenalah pilih penyanyi hebat. Itu adalah strategi saya," ujarnya.

jac 2

Persembahan memukau Jac di minggu keempat GV9.

Sementara itu, Jac juga memberitahu dia sempat menghubungi Marsha sebelum ini ketika membuat keputusan menjadikan lagu Cinta sebagai salah satu pilihan nyanyian di GV9.

Belum pernah menyanyikan lagu berkenaan secara penuh dalam mana-mana persembahan, Jac berharap kali ini dia dapat memberi kelainan sekali gus memikat hati juri.

Jac yang menyanyikan lagu berjudul You Raise Me Up pada minggu keempat GV9 ahad lalu berjaya menduduki tempat pertama dengan kutipan markah juri sebanyak 85 peratus.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain