KEHILANGAN penyanyi Ajoi Zainal menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pengikutnya apabila bekas peserta program Big Stage 2022 berkenaan tiba-tiba lenyap daripada radar industri hiburan. Ajoi atau Qaidzul Zainal Abidin, 24, bagaimanapun pada Isnin tampil menjelaskan kehilangannya sebelum ini disebabkan sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental. Perkara itu didedahkan bersempena dengan Hari Kesihatan Mental 2022 yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. "Saya minta maaf kerana menghilangkan diri daripada media sosial secara tiba-tiba. Ajoi menjelaskan kondisi sebenar dirinya setelah menghilang sekian lama. "Saya faham ramai yang bimbang dan marah serta bertanya ke mana saya menghilang sampaikan tidak membalas mesej," katanya. Ajoi menjelaskan mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Ajoi Zainal alami tekanan, seminggu tak sentuh telefon selepas tiba-tiba pitam di Big Stage 2022 ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara menangis sebelum cuci mekap, sebulan Ajoi Zainal derita jangkitan kuman pada mata Penyanyi itu kali terakhir membuat kemas kini di Instagram miliknya pada Mei lalu. Dalam pada itu, Ajoi berkata, meskipun dia berasa bersalah namun setidak-tidaknya dia berani mengakui masalah dihadapinya secara terbuka. Kata Ajoi, dia kini sedang dalam proses meditasi diri selepas mendapat diagnos daripada pakar tentang keadaan kesihatannya. Semoga penyanyi ini berada dalam keadaan yang baik dan cepat sembuh. "Saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan semua masalah dan percayalah saya pasti akan kembali semula. Saya minta maaf," tulisnya lagi. Untuk rekod, Ajoi pernah dikejarkan ke hospital gara-gara serangan panik ketika menyertai pertandingan Big Stage 2022. Penyanyi itu pitam di belakang pentas selepas mengadakan persembahan pada konsert minggu keempat dan dirawat di Hospital Putrajaya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI