suria

Baru tahu aksi tepuk punggung salah! Kak KM minta maaf selepas dipanggil SKMM, janji tak buat lagi

Kak KM dipanggil SKMM untuk beri keterangan pada Rabu.

SUSULAN tular video aksi tepuk punggung antara empat usahawan terkenal baru-baru ini, salah seorang individu yang turut terlibat iaitu Kak KM memaklumkan dia sudah dipanggil memberi keterangan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu di hadir ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan pada Rabu lalu dan proses soal siasat berlangsung selama lebih kurang tiga jam.

"Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.

kak km 2

Kak KM mohon maaf dan akan lebih berhati-hati.

"Pihak SKMM harus menjalankan siasatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut.

"Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Kak KM memuat naik video goyang punggung bersama rakan usahawan lain iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah, Cheta Pot Pet.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan suami awak tepuk punggung saya!” - Ifa Raziah kata aksi goyang buntut cara hiburkan diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak jadi? PU Amin tegur aksi Kak KM tepuk punggung... Malu anak-anak jadikan ikutan

Tindakan empat selebriti itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Dalam temu bual bersama mStar, Ifa Raziah berkata tindakan mereka itu sekadar hiburan dan gurauan bersama teman-teman.

Sementara itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini berkata dia akan lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial selepas ini.

Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu

LIANA ROSLI

USAHAWAN

Malah, pertemuannya dengan SKMM juga sedikit sebanyak memberi pencerahan lebih jelas mengenai apa yang boleh dilakukan sebelum berkongsi sesuatu di laman sosial.

"Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu.

"Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

"Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku," jelasnya.

SKMM dalam satu kenyataan sebelum membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain