suria

Sudah bertahun jadi artis, Mathni Razak disaran buat kontroversi gara-gara nama sendu

Sedia hanya fokus pada kerjaya bukan kontroversi.

AKUI nama tidak begitu dikenali dalam industri seni, pelakon Mathni Razak bagaimanapun enggan mengambil langkah mudah dengan mencipta kontroversi demi maraih populariti.

Meskipun ada beberapa saranan sebelum ini untuk dia berbuat begitu, Mathni, 33, tetap berpegang kepada prinsip hanya memberi tumpuan kepada kerjaya dan biarlah nama dikenali kerana hasil kerja bukannya cerita sensasi.

“Ada beberapa orang yang datang kepada saya dan cadangkan untuk cipta sendiri kontroversi seperti mempunyai hubungan skandal atau buat perkara tidak elok supaya lebih dikenali.

mathni razak 2

Mathni tolak cadangan cipta kontroversi.

“Saya tidak berminat dengan semua itu. Lebih baik fokus kepada kerja sahaja. Saya tidak ada masa nak mencipta sendiri kontroversi semata-mata untuk popular.

“Bagaimanapun saya tahu kontroversi boleh terjadi sendiri. Jika ia berlaku saya terima dan perlu berhadapan dengan baik,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Mathni juga mengelak jika dia diberi watak yang keterlaluan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan hasil lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Noki turun berat badan 7 kg demi kerjaya lakonan, boleh ‘belanja’ jika diminta buka baju

Menurut Mathni, dia akan cuba mengelakkan aksi yang keterlaluan melalui perbincangan dengan pengarah dan produksi.

“Sebagai seorang pelakon memanglah kita perlu buat apa sahaja babak untuk menghidupkan jalan cerita. Bagaimanapun jika ia keterlaluan saya akan tolak.

“Semua perkara boleh bawa bincang. Tak salah untuk bercakap dengan pengarah agar sesuatu babak itu tidak keterlaluan.

Bagaimanapun saya tahu kontroversi boleh terjadi sendiri. Jika ia berlaku saya terima dan perlu berhadapan dengan baik

MATHNI RAZAK

PELAKON

“Saya boleh terima apa sahaja watak namun ada hadnya,” ujarnya.

Terbaharu, Mathni muncul dalam drama berjudul Histeri The Series yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Citra.

Bercakap tentang watak tersebut, kata Mathni ada babak yang mungkin akan menerima kecaman peminat dan sedia berhadapan dengan perkara itu.

“Dalam cerita ini saya merupakan seorang tenaga pengajar yang ada skandal dengan pelajarnya. Adalah sedikit babak yang mungkin dilihat keterlaluan.

“Jika ia dikecam nanti, saya sedia. Semua itu bergantung kepada fahaman penonton untuk menilai jalan cerita drama ini,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain