suria

Noki turun berat badan 7 kg demi kerjaya lakonan, boleh ‘belanja’ jika diminta buka baju

Noki amalkan diet sihat untuk dapatkan berat badan menarik.

DEMI membawakan watak sebagai anggota polis dalam filem pertamanya War On Terror, penyanyi rap Noki sanggup menurunkan sebanyak tujuh kilogram berat badannya.

Kata Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 28, dia menerima respons daripada kawan-kawannya yang berpendapat badannya terlalu besar ketika muncul dalam drama di televisyen.

“Saya mendengar nasihat rakan-rakan yang memberitahu badan saya sebelum ini nampak terlalu besar sebab itu saya turunkan berat badan agar nampak lebih sesuai di depan kamera.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu malu-malu, sejak jadi pelakon Noki sudah pandai berbual - “Sebelum ni apa yang ditanya saja akan saya jawab”

ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique diminati wanita berusia selepas menang AJL35, ada yang sanggup tulis komen tak senonoh!

“Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram dan sekarang sudah turun kepada 83 kilogram. Saya amalkan pemakanan sihat serta senaman kardio supaya lebih kurus.

“Semestinya saya sanggup turunkan berat badan kerana mahu lebih serius berlakon selepas ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, anggota kumpulan K-Clique ini juga tidak kisah menerima tawaran yang memerlukan dia untuk membuka baju.

Kata Noki, berat badan yang lebih ideal sekarang membuatkan dia yakin berhadapan dengan orang ramai dan menerima tawaran berlakon.

Perubahan bentuk badan ini juga membuatkan saya rasa lebih yakin untuk menerima tawaran berlakon

NOKI

PENYANYI/PELAKON

“Jika ada watak yang memerlukan saya untuk tayang badan, saya tidak ada masalah untuk buat. Apa salahnya ‘belanja’ sedikit.

“Perubahan bentuk badan ini juga membuatkan saya rasa lebih yakin untuk menerima tawaran berlakon selepas ini,” jelasnya.

Noki ditemui ketika sidang media filem berjudul War On Terror di Shah Alam pada Khamis.

noki 2

Bergandingan dengan Aedy Ashraf dalam filem pertamanya.

Sementara itu, Noki juga teruja dapat bergandingan pelakon hebat seperti Aedy Ashraf dan bakal melakonkan babak aksi.

“Memang teruja diberi tawaran berlakon filem ini dan dalam masa sama ada rasa gementar kerana ini adalah filem pertama saya.

“Apa yang menarik dalam filem ini saya akan bercakap dalam loghat Sabah. Tetapi ia sebenarnya agak sukar kerana skrip asal yang diberikan adalah dalam bahasa Melayu dan saya perlu olah sendiri.

“Selain itu saya juga yakin boleh melakonkan babak aksi sendiri setelah menerima latihan sebelum penggambaran,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Noki, K-Clique, War On Terror

Artikel Berkaitan

Artikel Lain