suria

Dulu malu-malu, sejak jadi pelakon Noki sudah pandai berbual - “Sebelum ni apa yang ditanya saja akan saya jawab”

Noki akui semakin seronok menceburi bidang lakonan.

BELUM cuba belum tahu... demikian gambaran perasaan yang dilalui penyanyi rap Noki apabila memilih untuk mencuba nasib sebagai pelakon.

Bagaimanapun ujar Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, dia banyak mempelajari ilmu baharu terutama daripada segi komunikasi sejak terjun dalam dunia lakonan.

Tambahnya, tugas bagi menjayakan watak Mail menerusi drama bersiri, Oh My Hantaran menjadikan dia lebih yakin untuk bergaul dan berkomunikasi dengan orang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Noki K-Clique terkejut persembahan 2 tahun lalu dapat perhatian artis antarabangsa - “Tak sangka Snoop Dogg tengok 16 Baris”

ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique diminati wanita berusia selepas menang AJL35, ada yang sanggup tulis komen tak senonoh!

"Biarpun sibuk menjalani penggambaran yang kadang-kala ambil masa dari 8 pagi sehingga 12 tengah malam, namun banyak yang saya pelajari.

"Contohnya daripada segi komunikasi, kini saya lebih bijak berinteraksi dengan orang ramai. Jika dahulu apa yang ditanya saja akan saya jawab.

"Kini saya lebih pandai kerkomunikasi kerana di set berjumpa dan bergaul dengan kru poroduksi. Malah menerusi lakonan juga saya belajar untuk membina keyakinan diri.

"Mungkin ramai tidak tahu saya sebenarnya pemalu. Jadi lakonan membantu saya untuk lebih ke depan,” katanya kepada mStar.

Menerusi lakonan juga saya belajar untuk membina keyakinan diri.

NOKI

PENYANYI RAP

Drama Oh My Hantaran yang bakal menghiasi slot Diandra di TV9 pada Disember depan turut dibintangi oleh Elisya Sandha, MK K-Clique dan Anna Jobling.

Dalam pada itu, Noki yang sahaja tampil dengan single berjudul Payung Pelangi sejak 9 September lalu turut bercerita tentang video muzik (MV) lagu berkenaan.

Kata penyanyi berusia 27 tahun ini, MV lagu nyanyian bersama rakannya iaitu MK K-Clique itu bakal dirakamkan dalam tempoh terdekat.

noki 2

Noki tampil dengan lagu terbaharu berjudul Payung Pelangi.

"Lagu ini menceritakan tentang usaha keras. Sebelum kita mendapat sesuatu kejayaan kita perlu berusaha keras dan jangan berputus asa.

"Pelangi tu hanya perumpamaan di mana pelangi tak akan muncul kalau tiada hujan. Kesusahan di permulaan pasti ada, tapi dengan usaha keras dan izin-NYA kejayaan pasti akan datang.

"Jadi saya harap lagu dan lirik ini mampu memberikan semangat kepada semua pendengar. Terus menyokong kami," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or