suria

[VIDEO] Iqbal anggap Vida tak malu, rimas asyik reka cerita kena santau - “Kalau saya kena sihir jangan bawa cincin, bawa la air penawar”

MODAL terbaharu Datuk Seri Vida untuk mendekati Ahmad Iqbal Zulkefli dengan cerita kononnya pemuda itu terkena buatan orang sihir dilihat seperti memakan diri.

Ujar Iqbal, 27, jutawan kosmetik berkenaan sengaja mereka-reka cerita yang dianggap karut dan tidak benar kerana dia berada dalam keadaan sihat.

"Sebenarnya dah lama dia beritahu kononnya saya kena santau, kena sihir.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Vida dakwa Iqbal disihir, terjah rumah bukan sebab nafsu - “Saya rendahkan maruah selamatkan satu jasad dan roh”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kononnya Iqbal anak bekas menteri gara-gara campak duit... Dia sebenarnya anak Pak Imam, pernah kerja cuci pinggan

"Jadi saya tak terkejut pun kali ni dia buat cerita sama sebab setiap kali ada masalah dia mesti kaitkan dengan sihir dan buatan orang.

"Saya tahu diri saya, saya sedar diri saya masih waras dan boleh berfikir dengan normal," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

iqball

Perkongsian Iqbal di Instastory miliknya.

Iqbal berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Vida atau Hasmiza Othman, 50, kononnya Iqbal terkena buatan orang berdasarkan ciri-ciri fizikal yang dilihatnya pada Iqbal.

Justeru, Vida mencetuskan kontroversi terbaharu apabila menerjah ke kediaman Iqbal di Kajang, Selangor pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu bagi memberitahu usahawan berkenaan tentang hal berkenaan.

Vida turut memberikan Iqbal sebentuk cincin permata biru dalam kunjungannya itu.

Mengulas lanjut tentang hal berkenaan, Iqbal berkata dia berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang didakwa Vida.

Saya rasa makin rimas dengan sikap Datuk Seri Vida sekarang ni... annoying

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

"Saya penat dengan kerja dan pulang lewat. Saya dah tidur tiba-tiba pukul tiga pagi ada orang datang.

"Mereka ganggu ketuk pintu belakang rumah saya, saya tak tahu macam mana mereka boleh masuk kawasan rumah saya sebab ada guard.

"Kalau saya kena sihir jangan la bawa cincin, bawa air penawar ke... buat solat hajat ke," katanya.

IQBAL66

Iqbal menafikan dirinya kena sihir dan buatan orang

Selain itu Iqbal berkata dia tidak selesa dengan sikap Vida yang dikatakan sering menghantui hidupnya selepas mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan pernikahan mereka.

"Saya rasa makin rimas dengan sikap Datuk Seri Vida sekarang ni... annoying.

"Datang rumah tanya saya rindu dia ke, sayang dia ke, dia cantik ke.... dia tak malu ke? Benda ni sangat menjengkelkan.

"Saya dah pernah minta dia jangan ganggu saya. Saya tak pakai pun cincin yang dia bagi tu saya simpan dan akan pulangkan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain