suria

Tajul terlibat kemalangan, kereta berpusing 3 kali sebelum terbabas... Tiba-tiba terbayang arwah Achik Spin

Kejadian cemas buat Tajul terfikir arwah Achik.

MALANG tidak berbau, penyanyi Tajul Ariff berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke bahu jalan gara-gara mengelak lopak air.

Berkongsi lanjut, Tajul, 24, berkata, kereta jenis BMW miliknya berpusing sebanyak tiga kali sebelum merempuh pembahagi jalan di sekitar kawasan Tapah, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun raya tanpa Achik, Tajul akui suasana pilu setiap kali menjelang Aidilfitri

ARTIKEL BERKAITAN: Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

“Ketika itu hujan lebat dan saya tidak nampak ada lopak air di atas jalan. Apabila dekat baru perasan dan saya cuba mengelak. Disebabkan itu saya gagal mengawal kereta dan berpusing di atas jalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Mujur saya tidak langgar lori yang betul-betul dekat dengan saya ketika itu. Kalau terlanggar mungkin akan jadi lebih teruk.

“Syukur tiada sebarang kecederaan. Memang terkejut selepas kejadian. Saya ambil masa berehat seketika di tepi jalan sebelum berfikir untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi mStar.

tajul 2

Tajul bersyukur tidak alami sebarang kecederaan.

Kejadian yang berlaku juga membuatkan Tajul teringatkan akan arwah abangnya iaitu penyanyi Achik Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2010.

Tajul juga memberitahu dalam keadaan kereta sedang laju berpusing, dia sempat berfikir akan segala keburukan yang berlaku dan reda dengan apa sebarang kemungkinan.

“Takut juga apabila berlaku kejadian sebegini kerana abang saya dahulu meninggal dunia akibat kemalangan. Saya berdoa tidak terjadi sama seperti arwah.

Takut juga apabila berlaku kejadian sebegini kerana abang saya dahulu meninggal dunia akibat kemalangan. Saya berdoa tidak terjadi sama seperti arwah

TAJUL

PENYANYI

“Ketika kereta sedang berpusing, saya sempat berfikir ke manalah hala tuju akhirnya saya terhumban atau terbabas. Hanya berserah sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Tajul berkongsi keadaan dia selamat dan kereta yang dipandu itu mengalami kerosakan pada bahagian depan dan belakang.

achik 1

Achik meninggal dunia akibat kemalangan pada 2010.

Untuk rekod, abang Tajul iaitu vokalis kumpulan Spin, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Kajang-Seremban pada 18 April 2010.

Allahyarham yang ketika itu berusia 27 tahun tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaannya yang terbabas selepas melanggar papan tanda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tajul, Achik Spin, Tajul Kemalangan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan