suria

12 tahun raya tanpa Achik, Tajul akui suasana pilu setiap kali menjelang Aidilfitri

Keluarga Tajul sentiasa terkenang pemergian arwah Achik.

SELEPAS 12 tahun pemergian Achik Spin, kehilangan Allahyarham masih lagi terasa buat Tajul dan ahli keluarga yang lain.

Tajul, 24, yang merupakan adik kepada penyanyi itu memberitahu perasaan pilu hadir setiap kali menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya lagi, ketika arwah aktif dengan kerjaya seni dahulu, mereka berpeluang berkumpul hanya pada hari raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul Ariff geram terlepas ‘flight’ gara-gara masalah ‘check in’, terpaksa beli tiket baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian dibawa ke tempat gelap ketika naik e-hailing, Tajul terus belikan isteri kereta

“Pejam celik sudah 12 tahun arwah meninggalkan kita semua. Namun, bagi kami sekeluarga kehilangan arwah masih lagi terasa.

“Bermula awal Ramadan lagi kami akan rasa pilu mengenangkan sambutan raya tanpa arwah.

“Ketika kecil memang kami sangat rapat, namun apabila dia sibuk dengan kerja selalunya dapat berjumpa ketika hari raya sahaja,” katanya kepada mStar.

Bermula awal Ramadan lagi kami akan rasa pilu mengenangkan sambutan raya tanpa arwah

TAJUL

PENYANYI

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia pada April 2010 akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kajang Seremban.

Arwah meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta yang dinaikinya terbabas dan melanggar papan tanda.

Sebagai seorang adik yang turut sama terjun dalam bidang seni, Tajul diberi kesempatan oleh syarikat pengurusan FMC Music untuk terus menyanyikan lagu-lagu popular arwah.

tajul raya 2

Tajul bersama isteri dan anak sulung mereka.

Sebelum ini, Tajul pernah tampil berduet lagu cover Tragedi Cinta bersama Wany Hasrita dan Resah Kerinduan bersama Afieq Shazwan.

Melihat kepada permintaan yang tinggi, Tajul dan Wany sekali lagi bergabung menyanyikan lagu Gurauan Berkasih yang pernah dipopularkan oleh Achik dan Siti Nordiana.

“Lagu-lagu arwah masih mendapat sambutan sehingga hari ini dan dimainkan di corong radio. Jadi tak salah jika saya tampil menyanyikan semula laagu-lagu yang pernah popular dengan susunan muzik lebih segar.

“Mungkin ada yang membandingkan saya dengan arwah dan mungkin juga ada yang tidak suka. Namun saya tidak boleh kata apa kerana kita tak mampu hendak puaskan hati semua orang,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain