suria

Elyana tak pernah beraya di kampung, buat rumah terbuka hari raya pertama

Elyana buat rumah terbuka sempena hari lahir anaknya.

SAMA seperti tahun sebelum ini, penyanyi Elyana menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Shah Alam, Klang dan Kampung Pandan sahaja.

Biarpun suaminya iaitu Khairul Anuar Husin berasal dari Pahang namun Elyana tetap tidak merasai suasana raya di kampung memandangkan kedua-dua mentuanya sudah tiada.

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana buka ‘booth’ sepanjang Ramadan, seronok berniaga sambil jumpa peminat... Sambung rawatan kemoterapi selepas raya

Bagaimanapun, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, memberitahu dia dan suaminya akan pulang ke Pahang untuk menziarahi pusara keluarga mentua.

Elyana 1

Elyana tidak pernah merasa balik kampung beraya.

"Setiap tahun memang raya pertama di Shah Alam sebab rumah ibu di sana, rumah nenek pula di Klang dan nenek sebelah ayah pun di Kampung Pandan saja.

"Jadi, memang akan beraya di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam saja. Dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah rasa beraya di tempat lain atau balik kampung jauh-jauh.

"Suami orang Pahang tapi dia tak ada ibu bapa dah. Jadi, tak ada kampung juga. Selalunya raya kedua, kami akan ziarah kubur arwah ibu bapa mentua di Pahang kemudian balik," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi berusia 34 tahun ini sibuk dengan aktiviti berniaga di Publika, Bangi dan Puchong sepanjang bulan Ramadan.

Insya-Allah, raya ketiga saya sekeluarga akan pergi bercuti

ELYANA

PENYANYI

Menerusi temu bual bersama mStar, Elyana berkata dia seronok dapat bertemu dengan peminat yang datang memberi sokongan dengan membeli barang yang dijual.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini turut mengadakan rumah terbuka untuk menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang jatuh pada hari raya pertama.

"Saya buat rumah terbuka tapi sebab kebetulan hari lahir anak saya jatuh pada hari raya. Jadi, boleh la buat sekali.

Elyana 2

Elyana sibuk berniaga sepanjang Ramadan.

"Tapi dengan orang-orang yang rapat seperti ahli keluarga dan kawan-kawan. Insya-Allah, raya ketiga saya sekeluarga akan pergi bercuti

Elyana berkahwin dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 11, dan memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang berusia tiga tahun.

Pada awal Disember tahun lalu, Elyana berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang sudah bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihidapi sejak 11 tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir