suria

18 tahun beraya tanpa ayah, Tuah Adzmi sayu setiap kali dengar takbir raya

Gema takbir buat Tuah rasa sayu.

SETIAP kali mendengar takbir raya, hati penyanyi Tuah Adzmi akan terasa sayu mengenangkan sambutan Aidilfitri tanpa bapa tercinta.

Walaupun sudah biasa menyambut raya bersama ibu selepas bapanya meninggal dunia ketika dia berusia enam tahun, kata Tuah, 24, kekosongan dalam keluarga itu masih terasa.

“Sejak kecil lagi saya hidup tanpa bapa. Jadi sudah biasa menyambut hari raya tanpa seorang bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah Adzmi nekad berhenti kerja kilang, mahu fokus kerjaya seni

ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak duit simpanan habis, Tuah Adzmi jual kereta Mini Cooper buat modal berniaga... Tak sangka bisnes pun tak laku!

“Namun setiap kali malam raya dan mendengar takbir, hati akan mula rasa sayu. Ketika itulah membuatkan berfikir betapa sedih menyambut raya hanya berdua,” katanya kepada mStar.

Dua tahun tidak dibenarkan melawat kubur akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tuah berkata, itu perkara pertama yang dilakukan pada Syawal ini.

Jadi tahun ini akvititi raya pertama kami adalah ziarah ke kubur

TUAH ADZMI

PENYANYI

“Sebelum berpindah ke Bangi sekarang ini selalu sahaja kami ziarah ke kubur dan ia menjadi perkara wajib setiap kali raya.

“Cuma sejak dua tahun lalu memang tidak berkesempatan. Bukan sahaja disebabkan PKP tetapi apabila sudah berpindah jauh kena rancang betul-betul masa yang sesuai untuk ke sana.

“Jadi tahun ini akvititi raya pertama kami adalah ziarah ke kubur,” ujarnya.

tuah adzmi raya 2

Tuah bantu ibu lakukan persiapan raya.

Bercerita tentang persiapan raya, kata Tuah dia dan ibunya lebih tumpukan kepada penyediaan kuih-muih untuk menjamu tetamu yang datang.

Sebagai seorang yang sudah mempunyai pendapatan sendiri, menjadi tanggungjawab Tuah untuk mengeluarkan belanja bagi keperluan menyambut lebaran.

“Ibu saya sudah tidak bekerja sekarang, jadi sayalah yang bantu untuk membeli persiapan raya.

“Biasanya kami lebih tumpukan untuk beli juadah termasuk kuih-muih bagi menjamu tetamu yang datang. Tentang baju raya pula tidaklah berlebihan, hanya pakai mana yang ada sahaja,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain