suria

[VIDEO] Ellie Suryati bimbang Azri Iskandar kena ‘love scam’, cabar Dr Azra munculkan diri jika benar wujud

MERAGUI kewujudan individu bernama Dr Azra yang dikatakan kekasih kepada bekas suaminya Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty memohon wanita tersebut untuk munculkan diri.

Menurut Ellie, 52, sehingga kini identiti sebenar wanita itu masih belum dikenalpasti dan tidak menjumpai sebarang maklumat terperinci menerusi carian di internet.

Tidak menghalang bekas suaminya berkahwin lagi, namun Ellie bimbang ia sekadar permainan.

ellie 2

Ellie dan Azri bercerai selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.

"Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.

"Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya?

"Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar kenal bakal isteri selepas 12 hari cerai dengan Ellie Suriaty... Rancang nikah dalam masa terdekat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azri Iskandar minta wanita mengaku dilamar jangan perasan, hanya minta tolong ‘drive’ balik kampung ziarah kubur ibu

Azri, 54, mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan perkenalan mereka bermula selepas 12 hari berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

Dalam masa sama muncul pula wanita yang mahu dikenali dengan gelaran F mendakwa Azri pernah mengajak dia berkahwin.

Simpati dengan nasib yang menimpa Azri, Ellie berharap mana-mana wanita yang mahu berkahwin dengan bekas suaminya itu supaya bersikap jujur.

Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok

ELLIE SURIATY

PELAKON/PENGARAH

"Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.

"Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama," ujarnya.

Ellie ditemui ketika majlis tayangan filem berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

azri 1

Wanita bernama F tiba-tiba muncul dakwa ada hubungan dengan Azri.

Bercakap tentang filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 23 Jun ini, Ellie sendiri memuji hasil kerja pengarahnya iaitu Syamsul Yusof dan dia tidak berfikir panjang apabila diberi tawaran berlakon.

“Saya tak fikir panjang apabila menerima tawaran dan berbesar hari apabila dihubungi untuk terlibat berlakon. Ini adalah satu filem yang penting.

“Saya suka bekerjasama dengan Syamsul dan kita dapat melihat satu sisi berbeza dalam dirinya,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain