suria

Dua kali tolak tawaran, akhirnya Adi Putra setuju bawa watak Mat Kilau

Adi harap filem Mat Kilau dapat beri pengajaran.

SELEPAS dua kali menolak menolak tawaran memegang watak utama dalam filem terbaharu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, pelakon Datuk Adi Putra akhirnya akur menerima pelawaaan pengarah Syamsul Yusof.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 41, berkata dia bersetuju menerima tawaran itu selepas melihat kesungguhan Syamsul dan mahu mencabar diri mengangkat nama tokoh terkenal itu.

"Sebenarnya sudah dua kali saya tolak untuk berlakon filem ini, tetapi saya terima kerana memikiran ini adalah satu cabaran untuk mengangkat nama besar Mat Kilau. Terima kasih kepada Syamsul kerana memberi peluang.

mat kilau 1

Adi bersama barisan pelakon utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

"Saya sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mahukan saya berlakon. Cuma dia pernah katakan saya sesuai untuk watak ini" katanya kepada mStar.

Adi ditemui ketika majlis tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Mengulas tentang filem tersebut, Adi berkata dia mahukan karya ini dapat memberi pengajaran kepada generasi muda tentang erti perjuangan seorang tokoh besar negara selain nilai persahabatan yang dipaparkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra sebak tengok keluarga susah... Tak mampu hulur duit, bantu guna media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal dituduh ‘demand’, Adi Putra jelaskan letak bayaran tinggi sebab nak bantu orang susah - “Rezeki ini bukan untuk saya tapi untuk rakyat”

"Menerusi filem ini orang ramai lebih tahu siapa Mat Kilau dan dapat menimba ilmu tentang erti perjuangan serta persahabatan. Ia bukan sekadar filem untuk hiburan.

"Rasanya generasi sekarang sudah cukup matang dan lebih berintelektual. Mereka akan dapat nilai-nilai baik untuk bangkitkan semangat jitu," ujarnya.

Ia bukan sekadar filem untuk hiburan

DATUK ADI PUTRA

PELAKON

Selain Adi, filem terbitan Studio Kembara ini turut menampilkan Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asari, dan Ali Karimi.

Ia juga dibintangi oleh pelakon veteran hebat seperti Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Shaharuddin Thamby, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, A Galak serta pelakon Indonesia Yayan Ruhian.

Filem ini mengangkat kisah perjuangan tokoh Mat Kilau yang menentang penjajah British di Tanah Melayu dengan latar belakang sekitar tahun 1982.

Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Jun ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain