suria

Wow! Dengar radio pun boleh menang RM80,000… Jom ramai-ramai teka lagu & nama penyanyi di Suria FM

Berwang Suria tawar wang tunai RM80,000.

STESEN radio Suria FM menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 kepada pendengar yang berjaya meneka nama lagu dan penyanyi menerusi peraduan Berwang Suria Celllora.

Menerusi kenyataan kepada mStar, Suria memaklumkan pendengar boleh menyertai peraduan tersebut bermula 14 Februari hingga 1 April depan.

Mereka hanya perlu mendengar klip audio ‘Berwang Suria Celllora’ di dalam lagu-lagu yang dimainkan sepanjang hari bermula pukul 6 pagi menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM mencatat peningkatan jumlah pendengar mingguan lebih 11 peratus, tempat keempat stesen radio berbahasa Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Suria FM turun padang bantu mangsa banjir... Sebak tengok keadaan rumah dan kereta musnah dipenuhi lumpur

Caranya mudah sahaja... kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyi, selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan #BerwangSuriaCelllora ke WhatsApp Suria, 017-8961053.

Penghantar WhatsApp kelima yang bertuah akan dihubungi oleh penyampai Suria dan mereka perlu memberikan jawapan nama tajuk lagu dan nama penyanyi dengan tepat dalam masa 10 saat.

Screenshot 2022-02-14 at 5.10.26 PM

Cara mudah menang hadiah di Suria FM.

Wang tunai RM150 akan dimenangi untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya.

Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus.

Untuk mereka yang bukan penghantar WhatsApp terpilih, jangan risau kerana mereka juga boleh merebut peluang menangi RM150 menerusi peraduan Teka Abear Karok di media sosial Suria Malaysia bermula Rabu ini hingga 3 April depan.

DJ SURIA

Penyampai Suria akan umum waktu untuk pendengar bertuah menyertai peraduan.

Hanya perlu ikuti Instagram Suria Malaysia dan nantikan video Teka Abear Karok yang akan dimuat naik dua kali seminggu secara rawak.

Macam mana cara nak menang hadiah? Like video Teka Abear Karok pada hari tersebut kemudian kongsi video tersebut di Instastory, teka judul lagu dan nama artis di ruangan komen.

Penghantar komen terpilih dengan jawapan yang betul akan dipinkan di ruangan komen tapi pastikan akaun Instagram berada dalam mod 'Public'.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web suria.my dan ikuti media sosial Suria Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain