suria

Shuk Sahar nak jual rumah RM1.2 juta, perlukan duit untuk teruskan kehidupan

Shuk Sahar perlukan duit untuk teruskan kehidupan.

SELEPAS melalui beberapa kontroversi curang, pelawak Shuk Sahar mengakui kehidupannya kini berdepan kesukaran.

Shuk atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamed Sahar memberitahu pengikutnya bahawa dia mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kereta Myvi Shuk Sahar ‘terjun’ parit

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen minta tip jadi lelaki curang, Shuk Sahar dedah hidup tak gembira menduakan isteri

Kata Shuk, 35, dia memerlukan sejumlah wang bagi meneruskan kehidupannya.

“Saya nak jual rumah saya dekat Elmina Ferrea dengan harga 1.2 juta.

“Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru.. sebab itu perlukan duit.

shukNetizen nasihat Shuk bertaubat.

“Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh DM saya,” ujarnya menerusi sebuah video yang tular di aplikasi itu.

Sementara itu, rata-rata netizen meminta pelawak itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Segelintir netizen menganggap apa yang terjadi kepada Shuk merupakan balasan kerana berlaku curang terhadap isteri.

Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru.. sebab itu perlukan duit.

SHUK SAHAR

PELAWAK

Malah ramai yang memetik nama penyanyi Aliff Aziz supaya dijadikan contoh terbaik dan boleh dijadikan rujukan pelawak dan pengacara itu.

“Kamu buat perangai khianati isteri, Allah tarik nikmat.

“Berubah Shuk, dekatkan diri pada Allah. Tak semestinya rujuk dengan isteri tapi jalani kehidupan masing-masing dengan reda.

“Berbalik kepada Allah, jadi macam Aliff Aziz.

“Isteri dan anak tu pembawa rezeki tapi disia-siakan,” ujar beberapa netizen.

Shuk 1Shuk mempunyai dua cahaya mata perempuan.

Sebelum ini, Shuk beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh.

Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain