suria

[VIDEO] Puteri Balqis tak simpan dendam, enggan biar sengketa dengan Mia Sara berpanjangan

SUSULAN isu perselisihan faham antara dua selebriti remaja di media sosial, pelakon Puteri Balqis tidak menyimpan dendam dan sudah melupakan segala sengketa antara dia dan Mia Sara.

Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 15, juga berkata, dia berasa lega apabila sudah meminta maaf kepada Mia dan ayahnya serta meluahkan segala yang terpendam itu di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Puteri Balqis mohon maaf kepada Mia Sara, akui tersinggung didakwa tiada didikan agama

ARTIKEL BERKAITAN: Harap Mia Sara, Puteri Balqis berdamai... Ayu Puteh dah rancang gabungkan dalam ‘Ais Krim Cinta’

“Saya sudah minta maaf dan luahkan semua dia media sosial. Kalau boleh tak nak masuk campur lagi dalam hal begini.

“Saya rasa lega apabila dapat luahkan semuanya dan sekarang saya okey sahaja,” ujarnya kepada mStar.

Balqis ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Rumah di Petaling Jaya, pada Isnin.

balqis 2

Balqis mahu melupakan sengketa dengan Mia Sara

Pada 10 Februari lalu, Balqis menerusi Instagram miliknya menegur tindakan Mia Sara yang dianggap keterlaluan dalam memberikan pendapat mengenai kehidupannya.

Pelakon drama Aku Balqis ini juga mengaku tersinggung apabila dikatakan kurang dididik dengan agama oleh keluarganya.

Saya rasa lega apabila dapat luahkan semuanya dan sekarang saya okey sahaja

PUTERI BALQIS

PELAKON

Sementara itu, menurut Balqis dia juga sedia bekerjasama dengan Mia secara profesional jika diberikan peluang.

Mengulas tentang tawaran daripada penerbit Ayu Puteh yang mahu menggandingkan mereka, Balqis berkata dia belum diberitahu tentang perkara itu.

IMG_0898

Penerbit Ayu Puteh (kiri) berhasrat untuk menggabungkan Balqis dan Mia dalam sebuah filem

“Tidak ada masalah untuk saya bekerjasama dengan Mia.

“Saya sendiri tak pernah tahu akan hasrat penerbit tersebut dan belum lagi dihubungi.

“Terkejut juga apabila mendapat tahu hal tersebut, namun saya belum boleh beritahu sama ada bersetuju atau tidak menerima tawaran itu,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain