suria

[VIDEO] Puteri Balqis mohon maaf kepada Mia Sara, akui tersinggung didakwa tiada didikan agama

Puteri Balqis tersinggung komen yang ditulis Mia Sara.

SUSULAN isu didakwa tiada didikan agama, pelakon Puteri Balqis mengakui tersinggung dengan kenyataan yang ditulis Mia Sara dalam satu komen yang tular, baru-baru.

Balqis atau nama sebenar Puteri Balqis Azizi, 15, berkata komen itu merupakan satu fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

"Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri dan kami tak kacau orang. Saya tersinggung dengan komen anda kepada orang ramai tentang saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis ‘sound’ Mia Sara - "Pakai tudung bukan laluan percuma mengutuk orang"

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara bingung ayat selalu diputar belit, netizen suruh cakap Melayu saja

"Itu adalah satu fitnah yang besar bila awak kata keluarga saya... hanya ibu sahaja yang saya ada dalam keluarga.

"Saya tak tunjuk cinta saya kepada tuhan melalui gambar, tapi saya tunjuk melalui doa. Tidak semua orang sedar mengenai itu," katanya.

Balqis berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi laman Instagram pada pagi Jumaat.

mia 2

Puteri Balqis tersinggung dengan komen Mia Sara.

Pada Khamis, konflik bermula apabila Mia menjawab soalan netizen mengenai kehidupan Puteri Balqis menerima respons pelakon itu.

Mia memberi pendapat di TikTok serta meminta netizen jangan menyalahkan Puteri Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama.

Tolong jangan ulangi apa yang telah awak lakukan ini dan saya harap kita dapat teruskan hidup masing-masing. Terima kasih!

PUTERI BALQIS

PELAKON

Bagaimanapun, pendapat Mia itu menerima teguran Balqis yang menganggap remaja itu bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia menerima kecaman netizen di laman sosial.

Dalam hantaran yang sama, Puteri Balqis turut memohon maaf dan berharap Mia Sara tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.

TONTON VIDEO LUAHAN PUTERI BALQIS!

"Ikhlas dari hati saya ingin memohon maaf kepada Mia Sara, uncle Ridhuan (bapa Mia), juga kepada peminat dan penyokong awak.

"Tolong jangan ulangi apa yang telah awak lakukan ini dan saya harap kita dapat teruskan hidup masing-masing. Terima kasih.

"Untuk semua yang menyokong saya, tak ada yang boleh saya katakan, terima kasih atas kata-kata semangat, kata-kata yang baik untuk saya. Biarlah orang nak menghakimi kita, biarlah mereka salah sangka terhadap kita, tak ada apa yang perlu dibuktikan, teruskan membuat kebaikan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain