suria

Wan Sharmila tak terkejut nama kena petik dipeluk anak Siti Sarah, mengaku kenal Shuib tapi bukan rapat

Nama Wan Sharmila disebut sebagai wanita yang memeluk anak perempuan arwah Siti Sarah.

GARA-GARA sebuah video memperlihatkan anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita, nama pelakon Wan Sharmila pula dipetik netizen.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa wanita misteri itu adalah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Siti Sarah peluk wanita mana? Ramai syak bakal ibu tiri

Bagaimanapun Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah individu dalam video tersebut.

"Percaya ke itu Wan Sharmila? Apabila saya tengok video itu, tak rasa terkejut pun. Saya akui memang ada iras saya... lebih kurang muka kami.

"Tapi yang pasti, wanita itu bukan saya. Mungkin dari sisi tepi itu nampak sama, sebab itu netizen petik nama saya," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arwah Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib.

WAN SHARMILA

PELAKON

"Saya kenal Shuib sebab pernah bekerjasama. Arwah Siti Sarah pun baik dengan saya. Bukanlah kawan rapat tapi baik sebagai rakan selebriti.

"Masa arwah meninggal dunia, saya ada la ucap takziah pada Shuib. Tapi tidak la berhubung selalu. Ada juga tegur-tegur biasa saja," ujarnya.

Menerusi temubual bersama mStar sebelum ini, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Sementara itu, Wan Sharmila memberitahu dia ada sedikit kebimbangan sekiranya andaian netizen boleh menggores hati wanita yang sedang berkawan dengan Shuib.

Wan Sharmila 1

Wan Sharmila tidak kisah namanya dipetik netizen.

"Saya tak kisah pun nama dipetik... cuma harap netizen tidak berkata lebih-lebih, bimbang menyinggung perasaan orang lain.

"Takut juga nanti wanita yang memang tengah berkawan dengan Shuib, terasa hati pula asyik nama saya saja disebut.

"Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib... bagai langit dan bumi," katanya.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain