suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mia Sara bingung ayat selalu diputar belit, netizen suruh cakap Melayu saja

Mia Sara kesal kenyataan disalah erti netizen.

SELEPAS isu ditegur Puteri Balqis, pelakon remaja Mia Sara menerusi laman Twitter meluahkan rasa bingung apabila kenyataannya sering disalah erti.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 17, bertanya mengapa ayatnya di laman sosial selalu diputar belit oleh netizen.

"Why do people keep on twisting my words? (Kenapa orang selalu putar belit ayat saya?)" tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis ‘sound’ Mia Sara - “Pakai tudung bukan laluan percuma mengutuk orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai tudung hitam dan eyeliner ‘auto’ jadi macam Mia Sara? Netizen kecam sampai trending di Twitter

Terdahulu, tindakan Mia menjawab soalan netizen mengenai kehidupan Puteri Balqis menerima respons pelakon itu.

Salah faham tercetus apabila Mia memberi pendapat di TikTok serta meminta netizen jangan menyalahkan Puteri Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama.

Why do people keep on twisting my words?

MIA SARA

PELAKON

Bagaimanapun, pendapat Mia itu menerima teguran Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, yang menganggap remaja itu bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia menerima kecaman netizen di laman sosial.

Manakala, pada 3 Februari lalu, Mia dikecam selepas memuat naik status penat disamakan dengan individu lain.

Sementara itu, luahan Mia itu menerima pelbagai komen netizen yang meminta dia bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu agar tidak disalah erti.

Puteri Balqis kesal tindakan Mia Sara.

Puteri Balqis tegur tindakan Mia Sara.

Rata-rata netizen berkata, perkataan bahasa Inggeris yang digunakan remaja itu kadang-kala tidak seperti mesej yang cuba disampaikan.

Selain itu, juga segelintir netizen meminta pelakon drama Strawberi & Karipap ini memohon maaf kepada Puteri Balqis atas tindakannya yang menggores hati pelakon itu.

"Dah boleh tweet guna bahasa Melayu kot. Semakin awak guna bahasa Inggeris, semakin ke laut kenyataan dan persoalan awak.

"Kadang-kadang orang salah tafsir apa yang awak nak sampaikan Mia, sebab itu baik awak gunakan bahasa Melayu.

"Guna saja bahasa Melayu dik, senang. Baru semua faham dan tiada salah faham," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain