suria

Ramai sangka suami tak tukar agama, Sharifah Sakinah tunjuk bukti kad perakuan peluk Islam MAIS

Sakinah menunjukkan bukti suaminya sudah memeluk agama Islam.

SELEPAS mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka mat saleh bernama Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah diminta pula menunjukkan bukti bahawa suaminya kini beragama Islam.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, bukti menunjukkan pertukaran agama suaminya itu boleh merosakkan hubungan keluarga mentua.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah umum kahwin, isu agama punca terpaksa rahsia hubungan dengan jejaka Sweden

Tegas pelakon berusia 32 tahun itu, sepatutnya tiada pihak yang mempersoalkan status suaminya selepas dia mendedahkan mereka sudah berkahwin.

Sakinah 2Sakinah kemudian memadam perkongsiannya di Instagram.

"Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu-birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu, mahu mak awak melenting tak?

"Nak sangat bukti swipe la. Terima kasih la sebab mengharu-birukan keadaan. Kalau dah cakap, dah la, dah la tak payah buruk sangka.

"Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk, nak jaga hati keluarga sana," kata Sakinah.

Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah itu turut memuat naik foto memaparkan kad suaminya yang memeluk agama Islam.

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu bagaimanapun memadam perkongsian tersebut daripada Instagram miliknya beberapa jam kemudian.

Terima kasih la sebab mengharu-birukan keadaan.

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

Berdasarkan perkongsian berkenaan, kad perakuan tersebut dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pada Jumaat lalu, Sakinah mengumumkan dia sudah berkahwin dengan Michael atau nama Islamnya Mikael Hansen dan terpaksa merahsiakannya atas faktor peribadi.

Sharifah Shahira ini bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu.

Dalam pada itu, Sakinah turut berkongsi komen netizen yang mengatakan fitnah tersebut timbul disebabkan kehidupan mereka tidak menggambarkan seorang muslim.

"Mana taknya jadi fitnah bila dilihat dengan mata kasar, kehidupan sebagai muslim itu tak ada... maaf cakap," tulis individu tersebut.

Sakinah 1Sakinah mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan sebelum ini.

Membalas semula komen tersebut, Sakinah menegaskan individu tersebut tidak sepatutnya memburuk sangka terhadapnya.

"Sebab itu pentingnya kena sangka baik ya kak," balas Sakinah.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain